Home > Uncategorized > KENYATAAN RASMI | KEPUTUSAN AKHIR CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG SESI 2021/2022

KENYATAAN RASMI | KEPUTUSAN AKHIR CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG SESI 2021/2022


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بسم الله الرحمن الرحيم
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Maksudnya : ”Wahai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

(Surah Muhammad : 7)

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-Ash RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil kelak di sisi Allah akan menempati beberapa mimbar daripada cahaya. Mereka itu ialah orang-orang yang adil dalam menerapkan hukum, juga terhadap keluarga dan perihal apa pun yang mereka diberi kekuasaan untuk mengaturnya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, setelah melalui beberapa fasa perbincangan, maka Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Zagazig telah berjaya mengeluarkan keputusan untuk barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2021/2022.

Berikut adalah nama-nama yang telah diputuskan oleh ahli mesyuarat MMPC :

AJKT IKHWAH

PengerusiAhmed Hannan bin Mohamed Hussin


AJKT AKHAWAT

Timbalan PengerusiSumaiyah Najihah binti Mohd Zaini
 Nur Ellia Aida binti Munawwir


Tahniah diucapkan kepada semua barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2021/2022, semoga nusrah Allah sentiasa bersama kalian dalam mengemudi bahtera kepimpinan sesi hadapan dan kita sebagai ahli perlu saling berganding bahu membantu mereka dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Siiru a’la barakatillah.

Sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli boleh disalurkan kepada kami MMPC.


Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.

 “PCZ – United As One”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Disediakan oleh,


Abrar bin Wahidan
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Tinggalkan komen anda