Home > Uncategorized > KENYATAAN RASMI | PENGUMUMAN CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG FASA 1

KENYATAAN RASMI | PENGUMUMAN CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG FASA 1

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (١٩) الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (٢٠) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ (٢١) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (٢٢)

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim (19). Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (20). Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat dari padaNya, keredaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal (21). Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar(22).” (at-Taubah: 19-22)

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Zagazig telah pun berjaya dijalankan. Ahli-ahli mesyuarat MMPCZ telah berbincang dan meneliti dengan sebaiknya tentang pemilihan calon AJKT untuk sesi 21/22.

Calon AJKT yang dikeluarkan pada sesi kali ini adalah sebanyak 1 calon sahaja yang terdiri daripada akhawat disebabkan hanya ada 3 kerusi untuk barisan AJKT sesi 2021/2022, serta 2 daripadanya adalah daripada AJKT kekal.

Berikut adalah nama calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Fasa I yang telah diputuskan untuk dicalonkan bagi sesi 2021/2022 :

AJKT AKHAWAT

Nur Ellia Aida binti Munawwir

Sejajar pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 30/12/2020 sehingga 4/1/2021. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada Pengerusi MMPC, Abrar bin Wahidan dan Timbalan Pengerusi MMPC, Siti Nur Jannah binti Osman.

Di sini juga kami sertakan nama AJKT yang dikekalkan pada sesi ini,iaitu :

  1. Ahmed Hannan bin Mohamed Hussin
  2. Sumaiyah Najihah binti Mohd Zaini

Sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli juga boleh disalurkan kepada kami.

Sekian wallahu a’lam, terima kasih.

“PCZ – United As One”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Abrar bin Wahidan,

Pengerusi,

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2020/2021.

Tinggalkan komen anda