Home > Uncategorized > KENYATAAN RASMI | AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) KEKAL PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ) SESI 2020/2021

KENYATAAN RASMI | AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) KEKAL PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ) SESI 2020/2021

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”

Seiring dengan pemakluman Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bagi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) di peringkat PERUBATAN Cawangan Zagazig, maka sudah tiba saat kita melihat AJKT kekal yang bakal menganggotai pimpinan PCZ sesi yang akan datang.

Berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 1 (satu) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 1 (satu) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Namun begitu, berdasarkan perbincangan yang telah dijalankan, peringkat cawangan memutuskan untuk mengumumkan 2 AJKT kekal PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) bagi sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

  1. Ahmed Hannan Bin Mohamed Hussin
  2. Sumaiyah Najihah Binti Mohd Zaini

Semoga AJKT yang telah dipilih diberi kekuatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Diharapkan agar seluruh ahli PCZ dapat memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCZ yang akan datang yang akan dipilih di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Zagazig (MMPCZ).

Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ‘ala barakatillah.

“PCZ- United As One”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar- Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Afzan Bin Mohd Zakariah

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2020/2021.

Sumaiyah Najihah Bt Mohd Zaini

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2020/2021.

Tinggalkan komen anda