Home > Uncategorized > [ KENYATAAN RASMI | PERSEDIAAN BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN VIRUS NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) ]

[ KENYATAAN RASMI | PERSEDIAAN BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN VIRUS NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berhubung dengan perkara di atas, kami PERUBATAN Cawangan Zagazig sentiasa mengikuti perkembangan penularan virus tersebut sama ada di lokaliti Malaysia mahupun Mesir.

Pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam tempoh masa yang terdekat.

Memandangkan pergerakan perkumpulan, persekolahan dan Universiti di mesir ditangguhkan selama 2 minggu, pihak PCZ mengambil maklum dan memastikan ahli PCZ mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Oleh itu, terdapat beberapa pengumuman dan peringatan yang perlu diberikan perhatian.

1. Mohon kerjasama semua warga Zagazig untuk berikan maklumat di bawah kepada Jabatan Setiausaha (JSU), bagi persediaan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang.

  • No kad pengenalan
  • No passport terkini
  • Visa (aktif/tidak)
  • Tarikh visa tamat

Hantarkan dengan segera ke wakil di bawah :

Ikhwah :
+201117397639 (Muhammad Afzan)
Akhawat :
+201100177216 (Sumaiyah Najihah)

2. Elakkan sebarang pergerakan keluar rumah sepanjang tempoh 2 minggu ini.

3. Memastikan bahan makanan (food bank) tersedia cukup di rumah masing-masing dalam tempoh 2 minggu tersebut.

4. Jaga kesihatan diri masing-masing dengan :

  • Mengamalkan guideline penjagaan kesihatan yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM.
  • Kurangkan atau elakkan sebarang close contact bersama warga tempatan.
  • Segera mendapatkan rawatan di hospital jika terdapat sebarang simptom COVID-19.

5. Sebarang bentuk program, aktiviti, mesyuarat dan sebagainya akan ditangguhkan buat sementara waktu.

6. Seruan untuk menunaikan solat hajat di rumah masing-masing dan sentiasa mengamalkan doa dijauhkan penyakit berjangkit.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

7. Jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan bantuan, boleh rujuk AJKT PCZ yang berdekatan, atau berhubung terus dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCZ di talian berikut :

Pengerusi :
+201117397639 (Muhammad Afzan)
Timb. Pengerusi :
+201100177216 (Sumaiyah Najihah)

Sama-sama kita doakan agar wabak ini berakhir dan semoga kita sentiasa di dalam jagaan Allah SWT.
Aamiin!

Segala kerjasama kalian, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PCZ-United As One”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhammad Afzan Bin Mohd Zakariah

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2020/2021.

Tinggalkan komen anda