Home > Uncategorized > KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN PORTFOLIO AJKT PCZ SESI 2020/2021

KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN PORTFOLIO AJKT PCZ SESI 2020/2021

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah, pada tanggal 14 Februari 2020, telah berlangsungnya Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-10. Semoga persoalan, muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dalam mesyuarat tersebut dapat memberikan gambaran penambahbaikan yang baik kepada pimpinan sesi 2020/2021. Maka, dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2019/2020 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) tersebut, maka telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig bagi sesi 2020/2021.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN bab ke-4, fasal 28, Nombor 1(c), iaitu : 1 (c) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Oleh itu, berikut merupakan portfolio AJKT yang telah dipersetujui:

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI :

JAWATAN NAMA NO. TELEFON
PENGERUSI, BIRO KEBAJIKAN & JABATAN SETIAUSAHA Muhammad Afzan Bin Mohd Zakariah +201117397639
TIMBALAN PENGERUSI, TIMB. BIRO KEBAJIKAN & TIMB. JABATAN SETIAUSAHA Sumaiyah Najihah Bt Mohd Zaini +201100177216
NAIB PENGERUSI 1, BIRO AKADEMIK & BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN Ahmed Hannan Bin Mohamed Hussin +201129277242
NAIB PENGERUSI 2, TIMB. BIRO AKADEMIK & TIMB. BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN Nafisah Binti Jamalludin +201113883896
JABATAN BENDAHARI & BIRO PEMBANGUNAN INSAN Mohd Fazrul Nawab bin Abdul Meus +201285152623 +60132030642
TIMB. JABATAN BENDAHARI & TIMB. BIRO PEMBANGUNAN INSAN Masyitah Binti Ibrahim +201152157282

Disertakan bersama 4 orang ahli Lembaga Penasihat yang telah dipersetujui selaku penasihat bagi AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2020/2021.

AHLI LEMBAGA PENASIHAT:

BIL NAMA NO TEL.
1. Abrar Bin Wahidan +201100030549
2. Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar +201140065993
3. Siti Nur Jannah Binti Osman   +201112272321
4. Nur Ellia Aida Binti Munawwir +201117722948  

Semoga pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig 2020/2021 terus bersemangat dalam menggalas amanah yang diberikan oleh Allah SWT. Kami barisan pimpinan PCZ sesi 2020/2021 juga berharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig dapat memberikan sokongan dan dokongan yang sebaiknya kepada semua AJKT bagi membantu melaksanakan amanah ini sehingga ke akhir sesi. Marilah sama-sama kita mendoakan agar segala gerak kerja yang dilakukan ini memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya bagi warga Zagazig di samping mengharapkan reda Allah SWT.

Bekerja dengan PERUBATAN, bekerja untuk Islam.

Siiru a’la Baarakatillah

Sekian, terima kasih.

“PCZ-United As One”

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Muhammad Afzan Bin Mohd Zakariah
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2020/2021

Sumaiyah Najihah Bt Mohd Zaini

Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2020/2021

Tinggalkan komen anda