Home > Uncategorized > [KENYATAAN RASMI | SENARAI NAMA CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ) SESI 2020/2021 FASA 1]

[KENYATAAN RASMI | SENARAI NAMA CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ) SESI 2020/2021 FASA 1]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (١٩) الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (٢٠) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ (٢١) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (٢٢)

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat dari padaNya, keredaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (at-Taubah: 19-22)

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Zagazig telah pun berjaya dijalankan. Ahli-ahli mesyuarat MMPC telah berbincang dan meneliti dengan sebaiknya tentang pemilihan calon AJKT untuk sesi 2020/2021.

Saya mewakili ahli mesyuarat memohon maaf atas kelewatan dalam mengeluarkan senarai nama calon AJKT Fasa 1 disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Berikut adalah nama calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Fasa 1 yang telah diputuskan untuk dicalonkan bagi sesi 2020/2021:

AJKT IKHWAH

Mohd Fazrul Nawab bin Abdul Meus

AJKT AKHAWAT

Masyitah binti Ibrahim

Sejajar pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 6/11/2019 sehingga 7/12/2019. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada Pengerusi MMPC, Abrar bin Wahidan dan Timbalan Pengerusi MMPC, Siti Nur Jannah binti Osman.

Di sini juga kami sertakan nama AJKT yang dikekalkan pada sesi ini:

Muhammad Afzan bin Mohd Zakariah
Ahmed Hannan bin Mohamed Hussin
Sumaiyah Najihah binti Mohd Zaini
Nafisah binti Jamalludin

Sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli juga boleh disalurkan kepada kami.

Sekian, terima kasih.

“PCZ-United As One”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Abrar bin Wahidan,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2019/2020.

Tinggalkan komen anda