Home > Uncategorized > [ Kenyataan Rasmi | Pemangkuan Timbalan Pengerusi PCZ sesi 2019/2020 ]

[ Kenyataan Rasmi | Pemangkuan Timbalan Pengerusi PCZ sesi 2019/2020 ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bertakwa dan menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Majlis Pengerusi telah menyusun pemangkuan yang berkuatkuasa bermula sepanjang ketiadaan AJKT tersebut dan merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan:

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Maka setelah perbincangan dibuat, pemangkuan portfolio AJKT adalah seperti berikut:

AJKTPEMANGKUTEMPOH
PEMANGKUAN
Siti Nur Jannah Binti Osman Sumaiyah Najihah binti Mohd Zaini 10/12/2019 sehingga 12/1/2020

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCZ memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

“PCZ – United As One”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Disediakan oleh:

Muhammad Afzan Bin Mohd Zakariah,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2019/2020.

Tinggalkan komen anda