Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [KENYATAAN RASMI | NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG KALI KE-9]

[KENYATAAN RASMI | NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG KALI KE-9]

logo baru

 

 

Assalamualaikum WBT,
Bismillahirrahmanirahim,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah dan kurniaNya, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan amal kita yang sekecil ini memudahkan kita untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak, Insya-Allah.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik kepada kita selaku umat Islam dalam pelbagai aspek dan salah satunya ialah kepimpinan baginda selaku ketua umat Islam pada suatu ketika dahulu. Antara resepi kejayaan Rasulullah SAW ialah baginda mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan yang diambil. Baginda bukan seorang pemimpin yang menetapkan sesuatu keputusan secara individu sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada para sahabatnya. Abu Hurairah RA sendiri pernah berkata “Belum pernah kulihat orang yang paling banyak melakukan mesyuarat bersama sahabat-sahabatnya sebagaimana Rasulullah SAW ”.

[Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan]

Perkara 2: NOTIS
“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

Merujuk Perlembagaan PERUBATAN [Bab ke-4, Fasal 25, Perkara 2] yang tertera di atas, maka notis ini dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha PCZ 2018/2019 bertarikh 23 Januari 2019.
Sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2018/2019 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-9 seperti berikut:

TARIKH: 15 FEBRUARI 2019

HARI : JUMAAT

TEMPAT: ZAGAZIG MALAYSIAN STUDENTS HALL

Justeru, di kesempatan ini kami menyeru kepada semua ahli PCZ agar dapat sama-sama mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan pemerhati seterusnya menghadirkan diri ke Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-9 untuk sama-sama kita jayakan program ini demi manfaat kita bersama.
Pendaftaran kini dibuka buat seluruh ahli untuk menjadi sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan di bawah:

https://goo.gl/forms/ybzI9oXCUPYbxiJE2

Pendaftaran dibuka dari 22 JANUARI 2019 sehingga 9 FEBRUARI 2019 dan yuran pendaftaran adalah sebanyak 5 LE.

Siiru ‘ala barakatillah.
Sekian, terima kasih.

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Shafiq 1

 

 

 

 

 

Shafiq Aiman bin Sharin,

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ),

2018/2019.

 

 

Nur Ellia Aida binti Munawwir,

Timbalan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ),

2018/2019.

Tinggalkan komen anda