Home > Majlis Tertinggi > Jabatan Bendahari > [KENYATAAN RASMI : KUTIPAN YURAN KOLEKTIF BAGI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG]

[KENYATAAN RASMI : KUTIPAN YURAN KOLEKTIF BAGI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG]

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (2:261

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

 

Sejajar dengan kenaikan tampuk pimpinan yang baharu, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) di bawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.

Untuk makluman, PCZ kali ini akan menjalankan sistem kutipan yuran secara kolektif. Kolektif yang dimaksudkan ialah sistem kutipan yuran ahli yang mengandungi dua jenis kutipan yang dikutip secara serentak iaitu Tabung Kasih Sayang (TKS) dan yuran PERUBATAN. Sistem ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan penindanan kutipan yang pelbagai, seterusnya mengurangkan beban ahli melalui kutipan secara sekaligus.

Justeru, jumlah kutipan yang akan dibuat adalah:

  1. Yuran PERUBATAN: LE20
  2. Kutipan TKS: LE20 – 50 (ahli boleh memilih jumlah mengikut kadar yang digariskan)

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut:

 

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.

 

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

 

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PCZ akan bermula pada 8/12/2018 dan berakhir hari MTC pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bayaran boleh dijelaskan kepada wakil batch atau kami sendiri.

 

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PCZ, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

 

Siiru Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

 

“PCZ – United As One”

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Zaim 1

 

 

 

 

 

Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019.

syifa

 

 

 

 

 

Timbalan Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019

Tinggalkan komen anda