Home > Majlis Tertinggi > [ KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN CALON AJKT FASA I ]

[ KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN CALON AJKT FASA I ]


logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (١٩) الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (٢٠) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ (٢١) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (٢٢)

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim (19). Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (20). Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat dari padaNya, keredaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal (21). Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar(22).” (at-Taubah: 19-22)

 

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Zagazig telah pun berjaya dijalankan. Saya mewakili ahli mesyuarat memohon maaf atas kelewatan dalam mengeluarkan senarai nama calon AJKT Fasa I disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

 

Berikut adalah nama calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Fasa I yang telah diputuskan untuk dicalonkan bagi sesi 2019/2020.

 

AJKT IKHWAH

Muhammad Afzan bin Mohd Zakariah Tahun 5 Perubatan
Muhammad Syafiq Afifi bin Mohd Nasir Tahun 5 Perubatan
Muhammad Zaim bin Sharifuddin Tahun 5 Perubatan

 

AJKT AKHAWAT

Nafisah binti Jamalludin Tahun 5 Perubatan
Siti Nur Jannah binti Osman Tahun 5 Perubatan
Nur Ellia Aida binti Munawwir Tahun 4 Perubatan

 

Berikut turut disertakan nama AJKT kekal untuk sesi hadapan:

Ahmed Hannan bin Mohamed Hussin Tahun 4 Perubatan
Shafiq Aiman bin Sharin Tahun 5 Perubatan
Nurul As-Syifa’ binti Mohd Fuad Tahun 4 Farmasi
Sumaiyah Najihah binti Mohd Zaini Tahun 4 Perubatan

 

Sejajar pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 29/11/2018 sehingga 1/12/2018. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada Pengerusi MMPC, Abrar bin Wahidan dan Timbalan Pengerusi MMPC, Fatini Fadhila binti Ahmad Zairin.

 

Sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli juga boleh disalurkan kepada kami MMPC.

 

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

 

“PCZ-United As One”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

 

Disediakan oleh,

Abrar bin Wahidan

 

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019

Tinggalkan komen anda