Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [Kenyataan Rasmi: Jalur Masa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) 2018/2019]

[Kenyataan Rasmi: Jalur Masa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) 2018/2019]

logo baru

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.”
(Surah as-Syura: 38)

Ayat ini memberi penjelasan berkenaan sifat-sifat manusia yang beriman di dalam al-Quran. Mereka mendirikan solat, bermesyuarat serta mendermakan hartanya pada jalan Allah. Maka, ayat ini jelas menyatakan bahawa mesyuarat merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Bahkan, banyak lagi ayat-ayat al-Quran lain yang menceritakan berkenaan konsep bermesyuarat.

Perkataan syura atau mesyuarat berasal daripada perkataan “syara al-asal” yang bermaksud madu yang dibersihkan. Daripada sudut yang lain, perkataan ini membawa maksud menarik seekor haiwan ternakan untuk mengetahui atau menguji kekuatannya. Maka, perkataan syura itu sendiri membawa erti menarik pelbagai jenis pendapat, kemudian mengujinya untuk mendapatkan pemikiran yang lebih baik dan utama untuk dilaksanakan. Secara ringkas, syura ialah pertukaran pendapat antara anggota tertentu untuk mendapatkan hasil yang disepakati bersama oleh majoriti peserta dan pelaksanaannya adalah wajib bagi semua pihak.

Marilah menelusuri sirah bagaimana Rasulullah mengamalkan mesyuarat di dalam pemerintahan baginda. Baginda bersedia menerima pandangan atau pendapat, serta sentiasa membuka ruang perbincangan atau syura dalam menetapkan sesuatu keputusan.

Kisah paling terdekat dengan kita adalah berkenaan pensyariatan seruan azan. Pada awalnya Rasulullah telah mengumpulkan para sahabat untuk sama-sama membincangkan solusi terbaik untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid untuk melakukan solat jemaah. Pelbagai cadangan telah dikemukan oleh para sahabat antaranya adalah supaya dikibarkan bendera, meniup trompet dan membunyikan loceng. Pada akhirnya cadangan yang terpilih adalah daripada Saidina Umar, iaitu diteriakkan ucapan “Telah datang waktu solat” namun nabi telah menukarkan lafaz itu dengan lafaz “Marilah solat jemaah”.

Sistem Mesyuarat

Pada sesi kali ini, insya-Allah Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC), akan memainkan peranan dalam membincangkan serta membuat keputusan bagi menentukan barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig akan datang. Perbincangan akan dilakukan bersama-sama ahli MMPC yang akan dilantik.

Di samping itu, MMPC juga akan bergerak mengikut fasa sama seperti jalur masa dan fasa pilihan raya di cawangan lain. Butiran adalah seperti berikut:

Pengumuman AJKT Kekal : 8 November 2018

Tarikh Pengumuman Calon AJKT : 19 November 2018

Tempoh Bantahan : 19 November – 27 November 2018

Keputusan Calon AJKT : 2 Disember 2018

Marilah kita bersama mengambil cakna akan proses pemilihan pimpinan AJKT PCZ pada sesi akan datang agar kita sama-sama peroleh manfaat daripadanya.

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

 

“PCZ-United As One”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

 

Disediakan oleh,

Abrar bin Wahidan

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019

Tinggalkan komen anda