Home > Biro PCZ > Biro Akademik > [KENYATAAN RASMI: TARIKH BUKA KULIAH SESI 2018/2019]

[KENYATAAN RASMI: TARIKH BUKA KULIAH SESI 2018/2019]

logo baru

 

Assalamualaikum WBT,
Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas limpah Rahmat dan Kurnia-Nya, kita masih berada dalam kenikmatan yang terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat iman. Selain itu, dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian.

Selawat dan salam juga kepada junjungan Nabi Muhammad SAW atas perjuangan dan pengorbanan baginda, kita dapat mengecapi nikmat iman dan nikmat Islam hingga ke hari ini.

Para mahasiswa dan mahasiswi sekalian, musim silih berganti dan kini telah tiba masanya pembukaan sesi kuliah yang baru.
Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Zagazig dengan berbesar hati memaklumkan bahawa tirai sesi akademik bagi Kuliah Farmasi dan Tahun 4 Kuliah Perubatan 2018/2019 secara rasminya akan bermula pada 22 September 2018.

Dengan ini, kami daripada Biro Akademik PCZ memohon dan berharap agar semua mahasisiwa dan mahasiswi yang terlibat agar dapat menepati masa dan tarikh pembukaan kuliah tersebut supaya kelas dapat dimulakan serta merta tanpa sebarang penangguhan. 

Hal ini kerana, kita sering dikejutkan dengan tindakan pihak universiti yang menangguhkan kuliah selagi jumlah pelajar tidak mencukupi. Perkara ini akan turut memberi kesan kepada pelajar lain sekiranya penangguhan kuliah berlaku.
Bukan itu sahaja, gejala ponteng kuliah juga merupakan satu aspek negatif yang perlu dihindari oleh para pelajar kerana memberikan kesan buruk serta menjejaskan keberkatan sebagai seorang penuntut ilmu.

Marilah sama-sama kita menjalani kuliah di sesi baru ini dengan semangat dan azam untuk berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang serta menjadi pengamal perubatan yang terbaik untuk ummah.

Akhir kata, BCAD PCZ sesi 2018/2019 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang akan memulakan sesi kuliah tidak lama lagi. Sama-samalah kita memperbetulkan dan memperbaharui niat serta azam sebelum bermulanya kuliah dan uruskanlah segala persiapan fizikal dan rohani. Semoga kita dapat mengecapi keputusan yang cemerlang keseluruhannya.

Sekian, Terima kasih.

 

“PCZ – United As One”

“Achieve the Highest, Improve Others”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

Disediakan oleh,

HANNAN2

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahmed Hannan bin Mohamed Hussin
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019.

 

FARZANA2

 

 

 

 

 

 

 

 

Farzana Izzati binti Khairul Anwar,
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019.

Tinggalkan komen anda