Home > Biro PCZ > [Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT 2018/2019 Cuti Musim Panas]

[Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT 2018/2019 Cuti Musim Panas]

logo baru

 

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bertakwa dan menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Alhamdulillah, cuti musim panas kembali dan terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2018/2019 yang akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir. Sehubungan dengan itu, Majlis Pengerusi telah menyusun pemangkuan yang berkuatkuasa bermula 24 Julai sehingga 23 September dan merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Maka, setelah perbincangan dibuat, senarai pemangkuan portfolio AJKT adalah seperti berikut:

NO. JABATAN /BIRO PEMANGKU TEMPOH PEMANGKUAN
1. KETUA BIRO AKADEMIK

 

AHMED HANNAN BIN HUSSIN

MOHAMAD FIRDAUS BIN RASDI 31/7/2018-23/9/2018
2. TIMBALAN BIRO PEMBANGUNAN INSAN DAN BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR 

 

SUMAIYAH NAJIHAH BINTI MOHD ZAINI

 

SITI NUR JANNAH BINTI OSMAN 24/7/2018-4/9/2018
3. TIMBALAN SETIAUSAHA DAN BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN

 

NUR ELLIA AIDA BINTI MUNAWWIR

 

NURUL AS-SYIFA BINTI MOHD FUAD 10/8/2018-10/9/2018

 

 

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCZ memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Disediakan oleh,

PENGERUSI PCZ

 

 

 

 

 

 

 

 

MOHAMAD FIRDAUS BIN RASDI
PENGERUSI
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2018/2019.

TIMB PENGERUSI

 

 

 

 

 

 

 

 

SITI NUR JANNAH BINTI OSMAN
TIMBALAN PENGERUSI
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2018/2019.

 

Tinggalkan komen anda