Home > Arkib > [MTC-8 : NOTIS 3 : LAPORAN AKTIVITI & PENYATA AKAUN TAHUNAN PCZ 2017/2018]

[MTC-8 : NOTIS 3 : LAPORAN AKTIVITI & PENYATA AKAUN TAHUNAN PCZ 2017/2018]

Assalamualaikum WBT,
Bismillahirrahmanirrahim,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan pinjaman nikmat kesihatan dan sempurna pancaindera yang dengan nikmat ini dapat kita gunakan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Maha suci Allah dengan sifat Maha sempurna-Nya.

Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah an-Nisa’: 58)

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).”
(Surah al-Haqqah: 18)

Oleh kerana itu, tunaikanlah amanah kepada masing-masing yang berhak. Yakinlah! Allah SWT akan menanyakan kepada kita perihal amanah ini di hari ketika kita berdiri di hadapan-Nya kelak.

Merujuk Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan notis Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC):
“Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan dan sebarang usul lain yang telah dicadangkan oleh ahli.”

Kami sertakan pautan untuk membaca Laporan Aktiviti Tahunan PCZ dan juga Penyata Akaun PCZ bagi sesi 2017/2018. Semoga hasil perbincangan kita sewaktu mesyuarat ini nanti akan diberkati Allah serta dicatatkan sebagai salah satu daripada amal kebaikan kita. Insya-Allah.

Pautan Laporan Aktiviti Tahunan PCZ:
https://drive.google.com/file/d/1VW6ivsvxxSrJkbvnudzSQxpb0rYeiGod/view

Pautan Penyata Akaun PCZ:
https://drive.google.com/file/d/18VgW47kh_nGIKD9_z0Qd-6nrXPh4WVR5/view

Sekian, terima kasih.

 

“PCZ – One Big Family”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

zaim1 crop

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Zaim bin Sharifudin
Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

 

farzana1

 

 

 

 

 

 

 

Farzana Izzati binti Khairul Anwar
Timbalan Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

Tinggalkan komen anda