Home > Menu > Informasi > SOALAN LAZIM: MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC)

SOALAN LAZIM: MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC)

10 Soalan Lazim MTC

 

  1. Apakah itu MTC?

MTC merupakan singkatan bagi MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN. MTC bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2017/2018 pada kali ini merupakan MTC Kali Ke-8.

 

  1. Adakah mesyuarat ini sah di sisi Perlembagaan PERUBATAN?

Ya, berdasarkan Fasal 25 Perkara 1:

 Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah diadakan selewat-lewatnya 21 (dua puluh satu) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

 

  1. Apakah yang bakal dibincangkan dalam MTC?

Berpandukan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 25 Perkara 7, Agenda MTC adalah untuk:

  • Mengesahkan minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
  • Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membahaskan dan meluluskan usul.
  • Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
  • Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit).
  • Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

 

  1. Apakah perbezaan antara MTC dengan MAT?
  • MTC adalah seperti yang dinyatakan di atas. Namun begitu MAT adalah MESYUARAT AGUNG TAHUNAN yang diadakan pada setiap akhir sesi pentadbiran PERUBATAN di peringkat pusat yang menaungi kesemua PERUBATAN Cawangan.
  • Peranan sebagai Perwakilan MTC hanya layak dipegang oleh ahli PERUBATAN yang berada di cawangan masing-masing sahaja. Manakala Perwakilan MAT layak dipegang oleh semua ahli PERUBATAN yang berdaftar dari semua cawangan.

 

  1. Siapakah yang boleh menyertai MTC?

Semua ahli yang berdaftar berhak menyertai MTC sama ada sebagai Perwakilan atau Pemerhati.

 

  1. Siapakah Perwakilan & Pemerhati MTC?
  • PERWAKILAN: Ahli berdaftar yang telah dikira sebagai ahli matang (sekurang-kurangnya keberadaan ahli di Mesir selama lebih dari setahun).
  • PEMERHATI: Ahli berdaftar yang belum dikira sebagai ahli matang (keberadaan ahli di Mesir selama kurang dari setahun).
  • Hak Perwakilan & Pemerhati MTC akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) dari semasa ke semasa.

 

  1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar MTC? Berapakah bayaran kemasukan MTC?

Cara mendaftar Perwakilan & Pemerhati MTC dan jumlah bayaran kemasukan yang merangkumi pengurusan bahan cetakan atau teknikal kegunaan mesyuarat akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) dari semasa ke semasa.

 

  1. Siapakah yang layak untuk menghantar cadangan usul? Apakah perbezaan antara Usul dan Cadangan?

Hanya Perwakilan sahaja layak untuk menghantar cadangan usul dan membahaskan usul yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat. Kriteria usul dan cadangan adalah seperti pautan berikut;

CIRI-CIRI USUL & CADANGAN MTC

 

  1. Bagaimanakah cara untuk menghantar cadangan usul?

Cadangan usul boleh diserahkan kepada Jabatan Setiausaha (JSU) PERUBATAN Cawangan masing-masing dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

 

  1. Apakah Etika Berpakaian ke MTC?

Etika Berpakaian Perwakilan & Pemerhati akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) dari semasa ke semasa.

 

 KEMAS KINI TERAKHIR: 16 Januari 2018

 

DISEDIAKAN OLEH:

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC),

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2017/2018.

Tinggalkan komen anda