Home > Majlis Tertinggi > Jabatan Setiausaha > [KENYATAAN RASMI: NOTIS PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) KE-8]

[KENYATAAN RASMI: NOTIS PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) KE-8]

Assalamualaikum WBT,
Bismillahirrahmanirahim,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah dan kurniaNya, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan amal kita yang sekecil ini memudahkan kita untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak, Insya-Allah.

 

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik kepada kita selaku umat Islam dalam pelbagai aspek dan salah satunya ialah kepimpinan baginda selaku ketua umat Islam pada suatu ketika dahulu. Antara resepi kejayaan Rasulullah SAW ialah baginda mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan yang diambil. Baginda bukan seorang pemimpin yang menetapkan sesuatu keputusan secara individu sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada para sahabatnya. Abu Hurairah RA sendiri pernah berkata “Belum pernah kulihat orang yang paling banyak melakukan mesyuarat bersama sahabat-sahabatnya sebagaimana Rasulullah SAW ”.
 
[Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan]

 

Perkara 2: NOTIS
“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

 

Merujuk Perlembagaan PERUBATAN [Bab ke-4, Fasal 25, Perkara 2] yang tertera di atas, maka notis ini dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha PCZ 2017/2018 bertarikh 24 Januari 2018.
Sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2017/2018 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-8 seperti berikut:

TARIKH: 9 FEBRUARI 2018

HARI : JUMAAT

TEMPAT: ZAGAZIG MALAYSIAN STUDENTS HALL
 
Justeru, di kesempatan ini kami menyeru kepada semua ahli PCZ agar dapat sama-sama mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan pemerhati seterusnya menghadirkan diri ke Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-8 untuk sama-sama kita jayakan program ini demi manfaat kita bersama.
Selari dengan firman Allah SWT :
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (ash-Shura : 38)
Bersama kenyataan rasmi ini juga kami lampirkan surat jemputan ke program MTC kali ke-8 PERUBATAN Cawangan Zagazig. Semoga hasil perbincangan kita sewaktu mesyuarat ini nanti akan diberkati Allah serta dicatatkan sebagai salah satu daripada amal kebaikan kita. Insya-Allah.

 

 

received_1711717188878685

Sekian, terima kasih.
“PCZ – One Big Family”

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

zaim1 crop

 

 

 

 

 

Muhammad Zaim bin Sharifudin

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018.

 

farzana1

 

 

 

 

 

Farzana Izzati binti Khairul Anwar

Timbalan Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018.

 

Tinggalkan komen anda