Home > Important Post > [Kenyataan Rasmi : Pengumuman Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) Yang Dikekalkan]

[Kenyataan Rasmi : Pengumuman Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) Yang Dikekalkan]

 ﺑﺴﻢ الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji bagi Allah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan kasih sayang yang telah dikurniakan ke atas hamba-hambaNya yang terpilih, tiada yang lebih berharga dari keredhaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan juga ahli keluarga baginda.

 

Kini telah menghampiri ke bulan Disember dimana secara rasminya Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) telah ditubuhkan menandakan sesi Pimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018 telah memasuki fasa terakhir kepimpinan. Disamping itu juga, dengan kembalinya JPC telah membuatkan debaran dan kehangatan pilihan raya kian terasa.

 

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

 

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

 

Dengan ini, seluruh pimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018 telah bermesyuarat dan bersetuju dengan sebulat suara untuk mengekalkan empat orang AJKT.

 

Dua orang AJKT Lelaki yang dikekalkan ialah :

 

dean1 crop

 

 

 

 

 

Muhammad Aizuddin bin Razak
(Biro Perumahan)

 

zaim1 crop

 

 

 

 

 

Muhammad Zaim bin Sharifudin
(Jabatan Setiausaha merangkap Biro Kebajikan)

 

Manakala AJKT Perempuan yang dikekalkan ialah :

 

liy1

 

 

 

 

 

Noor Liyana binti Mohd Isa
(Biro Perumahan merangkap Biro Kebajikan)

 

farzana1

 

 

 

 

 

Farzana Izzati binti Khairul Anwar
(Jabatan Setiausaha)

 

Sehubungan dengan itu, empat orang AJKT yang dikekalkan ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihan raya berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 27, Perkara 2 (b) yang menyatakan ;

 

  1. b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

 

Semoga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk mereka melayari bahtera ini bersama pimpinan sesi yang akan datang dengan lebih berdedikasi dan seterusnya mampu membawa kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig 2018/2019 lebih terkehadapan dan proaktif seiring dengan PERUBATAN cawangan-cawangan yang lain.

 

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِين

َ

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.” (al-Anbiya : 73)

 

Sekian, terima kasih.
“PCZ – One Big Family”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

peng

 

 

 

 

 

Mohamad Firdaus bin Rasdi

Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

 

tp

 

 

 

 

 

Farah Adibah binti Fakhrul Razi

Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

 

Tinggalkan komen anda