Home > Important Post > [Kenyataan Rasmi: Pertukaran Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC Zagazig]

[Kenyataan Rasmi: Pertukaran Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC Zagazig]

 ﺑﺴﻢ الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur alhamdulillah atas kurniaanNya, kita masih mampu mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam atas junjungan mulia, Rasulullah SAW, kerana dengan jerih perih bagindalah Islam dapat sampai kepada kita sehingga ke hari ini dan tiadalah kebahagiaan yang hakiki selain dapat dapat hidup berlandaskan syariat Islam yang mulia.

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang bermulanya fasa awal ke arah pemilihan AJKT PERUBATAN yang dikendalikan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC ) yang dilantik khusus oleh lembaga penasihat. Jika dirujuk pada Perlembagaan PERUBATAN, hal ini telah dinyatakan pada fasal 27, perkara 1.

“Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) merupakan sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

Makluman kepada semua, atas beberapa faktor, insya-Allah pengarah dan timbalan pengarah yang telah dilantik sebelum ini iaitu saudara Zukhurful Amzar bin Jamnul Azhar dan saudari Farah Afiqah binti Azmi akan ditukarkan kepada Muhammad Azhad Bin Borhan dan Nur Adiibah Bt Jamil.

Justeru segala urusan atau rujukan berkaitan JPC boleh dirujuk kepada pengarah dan timbalan JPC yang baru dilantik.

Seeru ‘ala barakatillah

 

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

 

22835630_1646963385326047_747443516_n

 

 

 

 

 

Shukri Muslim Maulana Bin Mahamad Anuar,

Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018.

Tinggalkan komen anda