Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > [KENYATAAN RASMI : PELANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH UNIT MENTOR COUNCIL 2017/2018]

[KENYATAAN RASMI : PELANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH UNIT MENTOR COUNCIL 2017/2018]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang tidak terhingga ini, dapat kita meneruskan kehidupan dengan segala nikmat dan rahmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW atas berkat perjuangan baginda, kita dapat menikmati dua nikmat terbesar pada hari ini iaitu nikmat iman dan Islam.

Allah Berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”

 (Surah an-Nahl : 125)

Sunnah terbesar yang diwariskan Baginda Nabi Muhammad SAW kepada kita adalah dakwah. Kita dapat merasakan nikmat iman dan Islam kerana dakwah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW ini sentiasa bersambung dan tidak pernah putus daripada generasi terdahulu sehinggalah sekarang.

Maka, atas nikmat ini kita seharusnya rasa bersyukur dan rasa bertanggungjawab untuk menjadi salah satu mata rantai yang menyambung dakwah nabi Muhammad SAW agar generasi yang akan datang juga dapat merasai nikmat seperti yang kita miliki pada hari ini.

Demi merealisasikan tujuan dan cita-cita murni ini, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018 telah bersetuju untuk melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Unit Mentor Council PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018 iaitu:

  1. SHUKRI MUSLIM MAULANA BIN MAHAMAD ANUAR (Pengarah)
  2. NAFISAH BINTI JAMALLUDIN (Timbalan Pengarah)

Diharapkan kita semua dapat memberikan kerjasama yang tidak berbelah-bahagi kepada mereka agar tanggungjawab dakwah ini bukan sahaja menjadi slogan kosong tetapi benar-benar berhasil dan berjaya diimplementasi dalam kehidupan di komuniti kecil ini.

Anggaplah jawatan ini sebagai medan pentarbiyahan diri dan yang paling penting niat untuk menginfakkan diri di jalanNya.

Seeru ala barakatillah

Sekian, terima kasih.

 

 syafiq1.1

 

 

 

 

MUHAMMAD SYAFIQ AFIFI BIN MOHD NASIR

Ketua Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

 

jannah1.0

 

 

 

 

 

SITI NUR JANNAH BINTI OSMAN

Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

 

 

Tinggalkan komen anda