Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [KENYATAAN RASMI : PELETAKAN DAN PANGKUAN JAWATAN TIMBALAN KETUA BIRO KEBAJIKAN]

[KENYATAAN RASMI : PELETAKAN DAN PANGKUAN JAWATAN TIMBALAN KETUA BIRO KEBAJIKAN]

بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على محمد وعلى آله محمد السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat-Nya. Dua nikmat terbesar yang mustahil untuk kita menafikannya; iman dan islam yang menjadi pegangan kita hingga akhir hayat. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.

 

Pihak penasihat sentiasa cakna dan terus komited dalam mengambil berat akan gerak kerja dan kebajikan AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig. Pada 17 September 2017 kami Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Zagazig telah pun menerima satu surat perletakan jawatan kerana masalah kesihatan dan bakal menyambung pengajian beliau di Malaysia. AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig tersebut adalah:

  1. i) Farah Afiqah binti Azmi (Timbalan Ketua Biro Kebajikan)

 

Oleh yang demikian, dengan merujuk perlembagaan PERUBATAN, bab ke-4, fasal 28, nombor 3 (a) dan (b) pindaan 2012, kekosongan jawatan dalam PERUBATAN hendaklah dipangku oleh mana-mana Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui mesyuarat serta dipersetujui oleh semua ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

 

Maka secara rasminya jawatan timbalan ketua biro kebajikan PCZ ini bakal dipangku setelah AJKT PCZ tersebut membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Jawatan kosong tersebut adalah:

  1. i) Timbalan Ketua Biro Kebajikan yang akan dipangku oleh : Noor Liyana binti Mohd Isa

 

Di kesempatan ini, pihak PCZ mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh saudari Farah Afiqah binti Azmi yang telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia.

Semoga usaha murni saudari dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan lagi di tanah air kelak. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesihatan saudari agar bertambah baik.

Oleh itu, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan dengan biro kebajikan, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Seterusnya pihak PCZ memohon maaf atas sebarang kesulitan.

 

Sekian. Wasalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa,as-Syifa’,ar-Rahmah”

 

22835630_1646963385326047_747443516_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar

Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018

Tinggalkan komen anda