Home > Majlis Tertinggi > Jabatan Bendahari > [KENYATAAN RASMI : KUTIPAN YURAN BAGI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG]

[KENYATAAN RASMI : KUTIPAN YURAN BAGI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG]

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan pada hari ini untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

 

(2:261) مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

 

Sejajar dengan pembukaan sesi pengajian yang baharu, PERUBATAN Cawangan Zagazig dibawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN. Untuk makluman, PERUBATAN Cawangan Zagazig kali ini akan menjalankan sistem kutipan yuran secara kolektif. Kolektif yang dimaksudkan ialah sistem kutipan yuran ahli yang mengandungi dua jenis kutipan yang disekalikan iaitu Tabung Kasih Sayang (TKS) dan yuran PERUBATAN. Sistem ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan penindanan kutipan yang pelbagai, seterusnya mengurangkan beban ahli melalui kutipan secara sekaligus. Justeru, yuran PERUBATAN adalah sebanyak 20 Egyptian Pound manakala bagi Tabung Kasih Sayang (TKS) adalah sebanyak 20 Egyptian Pound.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig akan bermula pada 25/10/2017 dan berakhir ketika hari pengundian Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bayaran boleh dijelaskan kepada Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Zagazig atau wakil yang telah dilantik oleh Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Zagazig. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti.

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Zagazig yang tercinta, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

“Pengurusan Kewangan Berkualiti,

Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

“PCZ – One Big Family”

Jabatan Bendahari,

 

22139804_1617634688258917_1840955126_o

 

 

 

 

 

Shafiq Aiman bin Sharin

Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

22164135_1617636478258738_761666247_o (2)

 

 

 

 

 

Siti Nor Sarah binti Hanipah

Timbalan Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018

 

Tinggalkan komen anda