Home > Biro PCZ > Biro Akademik > [KENYATAAN RASMI : Kuliah Perubatan & Farmasi Bermula Bagi Tahun 1, 2, 3 Dan 4]

[KENYATAAN RASMI : Kuliah Perubatan & Farmasi Bermula Bagi Tahun 1, 2, 3 Dan 4]

Bismillahirahmannirahim.

Pertama dan selamanya, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat lagi kita berada dalam nikmat iman dan Islam serta dikurniakan kesihatan yang baik. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kerana atas perjuangan baginda dapat kita sama-sama merasakan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
“Patah tumbuh, hilang berganti”. Itulah peribahasa melayu yang sinonim dengan keadaan kita sekarang. Seperti yang sedia maklum pada akhir bulan September bermulalah sesi kuliah baru bagi universiti-universiti di Mesir. Khususnya bagi kuliah Universiti Zagazig, kuliah kalian akan bermula tidak lama lagi dengan keluarnya jadual waktu bagi kuliah pelajar Malaysia.

Di kesempatan ini, sukalah saya untuk mengucapkan Selamat Pulang ke Mesir untuk meneruskan kuliah masing-masing.

Dalam memulakan kuliah baru ini, ingin saya ingatkan kepada kalian agar datang awal ke Mesir sebagai persiapan mental dan fizikal. Setiap tahun mempunyai cabaran yang berbeza yang memerlukan usaha yang lebih jitu dari sebelumnya. Kehadiran awal juga dapat memudahkan urusan kelas kerana dengan kehadiran yang sikit, pihak Universiti akan menangguhkan kuliah dengan alasan untuk menunggu saki-baki mahasiswa yang lain untuk mengelakkan sesiapa tertinggal dalam pembelajaran.

Mahasiswa Malaysia di Mesir terkenal dengan sikap sopan santun dan berakhlak baik. Satu perkara yang kita perlu baiki ialah disiplin. Seruan saya untuk semua mahasiswa agar hadir ke kelas dengan kehadiran yang baik dan jauhilah gejala ponteng kelas yang akan merugikan diri sendiri dan memburukkan nama baik mahasiswa Malaysia. Latih diri untuk belajar dengan ikhlas demi Allah SWT, bukan semata-mata hanya untuk mendapat ilmu sahaja.

Bermulanya tahun kuliah baru ini, selaraskanlah dengan azam baru kita sebagai mahasiswa untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh, membantu sahabat-sahabat yang lain serta mendapatkan keputusan yang cemerlang bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Nantikan muatnaik jadual kuliah kalian nanti.

SELAMAT MAJU JAYA !

hannan1 po

AHMED HANNAN BIN MOHAMED HUSSIN
KETUA BIRO AKADEMIK
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2017/2018

“PCZ – One Big Family”

“Achieve the Highest, Improve Others”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Tinggalkan komen anda