Home > Menu > Berita > Solusi IHRAM 1438H | Ramadan yang Dirindui

Solusi IHRAM 1438H | Ramadan yang Dirindui

Zagazig, 24 Jun 2017- Telah berlangsung Majlis Penutup IHRAM  bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall beserta dengan Majlis Khatam al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Zulhaiqal dan turut dialunkan oleh saudara Afzan Jalalol Sayuti, Muhammad Syafiq Afifi, Muhammad Afzan Zakariah, Ikram Zaki, Mohd Zahin dan Zulfaqqar Husin. Ucapan penutup program IHRAM telah disampaikan oleh saudara Adiy Yusof bin Ishak dan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018, saudara Mohamad Firdaus bin Rasdi.

19758017_1983829231643464_765215972_n

Turut diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi Zagazig cenderahati berbentuk buah-buahan kering. Majlis penutup IHRAM 1438H ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Photo Contest dan Status Ramadan terbaik berserta jamuan berbuka puasa selepas solat Maghrib berjemaah.

19622456_1983829238310130_83412035_n

Sesungguhnya Ramadan telah lama meninggalkan kita. Semoga kita akan bersua lagi dengan Ramadan yang seterusnya pada tahun hadapan. Maka berakhirlah jua program IHRAM 1438H yang bertemakan “Madrasah Ramadan, Pemangkin Kecemerlangan”. Melihat sepintas lalu objektif IHRAM 1438H iaitu menanam semangat dan penghayatan Ramadan kepada ahli dengan melaksanakan berbagai aktiviti sepanjang Ramadan, kami di pihak Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJKP) berharap agar objektif program ini telah tercapai dan yang paling penting, Ramadan yang berlalu telah kita manfaatkan dengan semaksima mungkin. Insya-Allah.

19622431_1983829248310129_1937933062_n

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

– EIMAN Ramadan yang mengupas kitab ‘Maza Nurid min Ramadan, Fiqh puasa bagi pesakit, peristiwa-peristiwa dalam Ramadan dan kupasan tentang kitab ‘Sihhatak fi Siyam”.

-Tadarus al-Quran harian yang diatur mengikuti individu yang dilantik sebagai ketua mengikut kawasan rumah ahli.

-Jamuan Berbuka Puasa yang diadakan pada setiap hari Sabtu berserta dengan program EIMAN.

-Program bubur lambuk yang dilaksanakan dengan jayanya apabila sebanyak 1 kawah bubur lambuk telah berjaya diedarkan.

-Bazar Ramadan yang diadakan sekali pada bulan Ramadan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli dengan pelbagai juadah yang disediakan.

-Solat Sunat Terawih beserta moreh bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall yang diadakan pada setiap hari Isnin.

-Dan yang terakhir aktiviti-aktiviti yang lain iaitu Qiamullail Perdana, Photo Contest, Contest Status Hashtag dan edaran Mutabaah Amal.

Diharapkan agar program ini berjaya menjadi kesinambungan bagi kita untuk menghayati bulan Ramadan, bulan yang penuh barakah dan limpahan rahmat.  Semoga ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadan akan berterusan pada bulan-bulan yang lain.

Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana IHRAM 1438H dan ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig kerana telah memberikan kerjasama dan penglibatan yang memuaskan.  Semoga kita sama-sama diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bertemu Ramadan pada tahun akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

disediakan oleh,

Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain,

Jawatankuasa IHRAM,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

Tinggalkan komen anda