Home > Biro PCZ > Biro Akademik > FREQUENTLY ASKED QUESTIONS : BIRO AKADEMIK

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS : BIRO AKADEMIK

TEKNIKAL PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI TARIKH KELUARNYA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?

Cara untuk mengetahui tarikh keluar keputusan peperiksaan adalah dengan merujuk kepada Biro Akademik Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ).

 

  1. CARA-CARA UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?
  1. Dapatkan kod masing2 melalui ‘shuun tullab’, Ust Kamal
  2. Layari http://www.zu.edu.eg/servicedetails.aspx?id=25
  3. Isi kotak pertama dengan kod yang diperolehi
  4. Isi kotak kedua dengan password iaitu “0”.
  5. Klik ‘تسجل دخل ‘
  6. Klik kotak disebelah kanan tengah daripada 3

‘عرض تفصيلى لمقررات الطالب بالاتينى’

 

Anda dinasihatkan untuk membuat simpanan keputusan peperiksaan yang telah disemak samada dengan mencetak atau printscreen keputusan tersebut.

  1. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SETELAH MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN?

1.Sekiranya lulus, anda perlu menunggu pihak universiti mengeluarkan slip peperiksaan. Slip peperiksaan akan mula dicetak setelah keputusan tazallum (pengiraan semula) dikeluarkan.

2.Sekiranya gagal, anda dinasihatkan untuk melakukan tazallum (pengiraan semula).

 

  1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBUAT SLIP PEPERIKSAAN?

Teknikal untuk membuat slip peperiksaan adalah tanggungjawab pelajar, mereka perlu berurusan sendiri dengan pihak universiti. Namun begitu, pihak universiti tidak membenarkan pelajar yang gagal melunaskan bayaran yuran untuk mengambil slip peperiksaan tersebut.

 

  1. BAGAIMANA TEKNIKAL MEMBUAT SLIP PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR YANG BERADA DI MALAYSIA?

Pelajar yang berada di Malaysia boleh memberitahu Biro Akademik PCZ bagi menguruskan slip peperiksaan bagi pihaknya. Slip peperiksaan akan diemelkan kepada pelajar terbabit apabila sudah selesai.

 

  1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENTERJEMAH SLIP PEPERIKSAAN?

Penterjemahan slip peperiksaan bolehlah dibuat di kedutaan Malaysia di ARMA.

 

  1. APAKAH KEGUNAAN TERJEMAHAN SLIP PEPERIKSAAN?

Kegunaan sijil peperiksaan adalah untuk memohon tajaan daripada penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Raya (MARA), zakat negeri, dan lain-lain.

 

PERATUSAN PERMARKAHAN

  1. APAKAH PERATUSAN UNTUK MENDAPAT MUMTAZ, JAYYID JIDDAN, JAYYID DAN MAQBUL?

MUMTAZ: 85 % ke atas

JAYYID JIDDAN: 75-84%

JAYYID: 65-74%

MAQBUL: 60-64%

 

  1. APAKAH PERATUSAN UNTUK LULUS PEPERIKSAAN BERTULIS?

Peratusan untuk lulus peperiksaan bertulis adalah sebanyak 30% ke atas. Sekiranya tidak memperolehi peratusan tersebut, pelajar dikira gagal walaupun memperoleh markah yang tinggi untuk peperiksaan lisan dan praktikal.

 

PROSES PENGIRAAN SEMULA MARKAH (TAZALLUM/RECOUNT)

  1. APAKAH ITU TAZALLUM?

Tazallum bermaksud PENGIRAAN SEMULA kertas peperiksaan pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk memberi komen keatas kertas jawapannya dan pensyarah akan menyemak kembali kertas jawapan pelajar tersebut berdasarkan komen pelajar itu. Sekiranya memang berlaku kesalahan dalam penandaan, pensyarah akan membetulkannya dan memberikan markah kepada pelajar tersebut.

 

  1. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELAKUKAN TAZALLUM?

Cara-cara untuk melakukan tazallum:

  1. Ambil borang di pejabat Ustaz Kamal – Syuun Thullab (pejabat bersebelahan lif, tingkat bawah bangunan Malaysia)
  2. Isi borang tersebut dan tandakan pada perkara yang anda mahu buat perkiraan semula. Perkara-perkara adalah seperti berikut :

Peperiksaan lisan/’Oral’ : Le30

Peperiksaan amali : Le30

Peperiksaan bertulis kertas 1 : Le100

Peperiksaan bertulis kertas 2 : Le100

Amali Sanah/’Carry Marks : Le40

  1. Selepas siap mengisi borang, anda perlulah berjumpa kembali Ustaz Kamal untuk mendapatkan slip pembayaran.
  2. Seterusnya, pergi ke bilik khazanah yang terletak di ground floor bersebelahan dengan surau untuk membuat pembayaran dibangunan dekan (Dean).
  3. Kemudian, hantar borang tersebut beserta resit pembayaran ke bahagian Control.
  4. Tunggu sehingga dipanggil untuk proses pengiraan.

 

  1. APAKAH ITU CONTROL?

Control adalah satu bahagian yang menguruskan perkara yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan. Control terletak disebelah pejabat pengurusan pelajar Malaysia.

 

  1. APAKAH POLISI CONTROL?

Dalam tempoh waktu semakan semula, Pegawai Control akan merujuk markah-markah bagi subjek yang ingin disemak semula serta subjek-subjek lain pada kertas keputusan peperiksaan. Pengiraan markah akan dilakukan dan sekiranya layak berdasarkan polisi yang telah ditetapkan, kenaikan markah akan diberi.

Pelajar dibenarkan untuk melihat kertas peperiksaan masing-masing dan menyemak sekiranya berlaku sebarang kesilapan. Pegawai Control akan melihat helaian demi helaian, menambah setiap markah, melihat sekiranya ada jawapan yang tidak bertanda atau tidak diberikan markah.

Pegawai akan membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku (sekiranya ada dan layak). Sekiranya di luar sistem dan polisi, pihak Control akan meminta pelajar merujuk Penyelaras Pelajar atau Dekan. Walaubagaimanapun, sebarang perkara yang dirujuk kepada pihak atasan akan kembali kepada control dan bergantung kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

  1. BILAKAH KEPUTUSAN TAZALLUM AKAN DIUMUMKAN?

Keputusan tazallum dianggarkan akan dikeluarkan dalam masa 2 hingga 3 hari dari tarikh pengiraan semula.

 

PENAMBAHAN MARKAH (RAFAH)

Markah maksimum yang boleh dinaikkan bagi setiap pelajar adalah

TAHUN 1 PERUBATAN: 16 markah sahaja

TAHUN 2 PERUBATAN: 17 markah sahaja

TAHUN 3 PERUBATAN: 19 markah sahaja

TAHUN 4 PERUBATAN: 19 markah sahaja

 

Markah ini merangkumi peperiksaan dur awal dan dur thani. Ini bermaksud, sekiranya pelajar tersebut telah dinaikkan markah (rafah) semasa dur awal, jumlah markah yang boleh dinaikkan semasa dur thani akan berkurang atau menjadi tiada.

 

Contoh – pelajar A.

Dur awal : telah dinaikkan 13 markah bagi subjek Anatomi

Dur thani : pelajar ini memperoleh 140 markah bagi subjek Fisiologi dan memerlukan 10 markah lagi untuk lulus. Walaubagaimanapun, tiada penambahan markah yang akan dilakukan kerana daripada kuota 16 markah, hanya tinggal 3 markah, dan sekiranya di tambah bagi subjek Fisiologi, pelajar tersebut masih belum boleh lulus.

 

*Penambahan markah ini juga akan melihat kepada sejauh mana ia dapat membantu pelajar. Sebagai contoh :

Pelajar A (Tahun 1) : Dalam peperiksaan dur awal, sepatutnya pelajar ini gagal 3 subjek . Namun begitu, pelajar ini telah dinaikkan 13 markah bagi salah satu subjek. Ini bermaksud, pelajar A hanya gagal 2 subjek dan masih boleh naik tahun dengan membawa kedua-dua subjek tersebut.

 

Pelajar B (tahun 3) : Pelajar ini gagal dalam 2 subjek. Salah satu subjek hanya memerlukan 5 lagi markah untuk lulus, manakala satu subjek lagi masih memerlukan lebih 20 markah. Penambahan markah tidak akan dilakukan kerana walaupun dibantu untuk 1 subjek, pelajar tersebut masih perlu mengulang tahun. Mengikut pihak Control, kuota markah juga akan disimpan bagi membantu pelajar pada tahun seterusnya.

 

Pelajar C (tahun 3) : Pelajar ini gagal 1 subjek, dan hanya memerlukan beberapa markah sahaja untuk lulus. Kenaikan markah akan diberikan kerana ia akan membantu pelajar tersebut untuk naik tahun.

 

*Terdapat markah-markah maksimum yang boleh dinaikkan bagi subjek-subjek tertentu. Sebagai contoh, bagi Psikologi, maksimum markah yang boleh dinaikkan (dengan mengambil kira faktor lain) adalah sebanyak 3 markah. Sebagai contoh :

 

Pelajar A (tahun 2) : pelajar ini gagal 2 subjek, iaitu Psikologi dan Fisiologi. Markah yang masih diperlukan untuk lulus subjek Fisiologi adalah 15 markah,maka penambahan markah akan dilakukan untuk subjek Fisiologi. Dan sekiranya pelajar tersebut masih memerlukan 3 markah untuk lulus Psikologi, tiada penambahan markah kerana kuota markah bagi pelajar ini tidak mencukupi dan pelajar ini akan naik tahun dan membawa subjek Psikologi tersebut.

 

Pelajar B (tahun 2) : pelajar ini gagal subjek Psikologi. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 5 markah, namun tiada penambahan markah akan dilakukan kerana penambahan markah maksimum untuk Psikologi adalah 3 markah. Pelajar ini akan naik tahun dan membawa subjek Psikologi.

* Penambahan markah hanya akan dilakukan untuk menaikkan markah keseluruhan hanya sekiranya pelajar tersebut lulus peperiksaan bertulis.

 

*Tiada penambahan markah akan diberikan sekiranya pelajar memperoleh pangkat dhaif jiddan iaitu tidak lulus peperiksaan bertulis. Penambahan markah hanya akan dilakukan bagi pelajar yang memperoleh pangkat dhaif iaitu markah keseluruhan tidak mencapai 60% .

 

Pelajar A : memperoleh 37.0 bagi peperiksaan bertulis Fisiologi(markah lulus adalah 37.5). Penambahan markah keseluruhan tidak akan dilakukan kerana pelajar ini tidak lulus peperiksaan bertulis.

 

Pelajar B : memperoleh 39 bagi peperiksaan bertulis Fisiologi (lulus) dan memperoleh markah keseluruhan 136 (dhaif). Pihak Control akan mempertimbangkan bagi menaikkan markah kepada pelajar ini berdasarkan polisi yang digariskan.

 

Walaubagaimanapun, pertimbangan khusus bagi menaikkan markah bagi peperiksaan bertulis (antara 0.5 ke 1 atau 2 markah) hanya boleh melalui Dekan dan mesyuarat Committee Members.

 

Kesimpulannya, penambahan markah (Rafah) adalah untuk pelajar layak yang telah digariskan oleh pihak Control. Kebiasaannya, pihak Control telah mengesan pelajar-pelajar yang layak mendapatkan penambahan markah lebih awal dan melakukan penambahan markah sebelum keputusan peperiksaan diumumkan.

 

Antara faktor-faktor, pelajar tidak mendapat penambahan markah (Rafah) adalah:

  1. Pelajar telah lulus.
  2. Markah untuk lulus terlalu jauh.
  3. Pelajar gagal 2 subjek dan ke atas.

 

Masih terdapat banyak lagi peraturan yang digunakan bagi kenaikan markah. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah perkara-perkara asas. Dan sebarang penambahan markah adalah bergantung kepada budi bicara pihak Control.

 

**Maklumat di atas diperolehi daripada pihak Control dan pihak penyelaras pelajar Malaysia. Setiap pelajar berhak untuk dibantu, tetapi hanya berdasarkan sistem dan polisi yang ditetapkan oleh pihak universiti (selari dengan polisi yang ditetapkan dan dipraktikkan oleh semua universiti di Mesir).

 

PEPERIKSAAN ULANGAN (DHUR THANI)

  1. BILAKAH PEPERIKSAAN ULANGAN AKAN DIADAKAN?

Berkaitan jadual peperiksaan ulangan, anda bolehlah merujuk pautan berikut :-

https://www.facebook.com/PERUBATANCawanganZagazig/photos/pcb.798776150273070/798776010273084/?type=3&theater

 

  1. BILAKAH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN AKAN DIKELUARKAN?

Keputusan peperiksaan ulangan dijangkakan akan diumumkan dalam masa seminggu daripada tamat peperiksaan tersebut.

 

  1. BAGAIMANAKAH PENGIRAAN MARKAH DUR THANI DILAKUKAN?

(Written + Practical + Oral) = Total x 5/4 = Final total

Contoh: Fisiologi :- (50 + 25 +25) = 100 x 5/4 = 125

Bagi dur thani, tiada carry marks (a’mali sanah) , tetapi, di dalam keputusan peperiksaan ada dinyatakan markah. Markah ini adalah berdasarkan“factor”. Sebagai contoh, markah asal di atas ialah 100, manakala 25 markah tambahan (final) di kira sebagai carry marks.

Contoh lain: (47 + 24 + 25) = 96 x 5/4 = 120. 120 – 96 = 24. 24 dikira sebagai carry marks. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang memperoleh markah yang tinggi bagi peperiksaan bertulis, amali dan lisan, akan mendapat carry marks yang tinggi berdasarkan pengiraan factor.

 

 

 

*Sebarang permasalahan bolehlah merujuk kepada BIRO AKADEMIK PCZ :

  • AHMED HANNAN BIN HUSSIN ( +201129277242 )
  • AISYA WAHIDA BINTI NAFIAH ( +201144412978 )

Tinggalkan komen anda