Home > Important Post > [Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT 2017/2018 Cuti Musim Panas]

[Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT 2017/2018 Cuti Musim Panas]

logo baru

 

Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Alhamdulillah, cuti musim panas kembali,terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2017/2018 yang akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir. Sehubungan dengan itu, Majlis Pengerusi telah menyusun pemangkuan yang berkuatkuasa bermula 13 Jun sehingga 21 Oktober dan Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN,berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Maka, setelah perbincangan dibuat, senarai pemangkuan portfolio AJKT adalah seperti berikut:

 

No. Jabatan/Biro Pemangku Tempoh Pemangkuan
1. Timbalan Pengerusi

FARAH ADIBAH BINTI FAKHRUL RAZI

LIYANA BINTI ROSLI 13/6 – 4/8
2. Timbalan Jabatan Setiausaha

FARZANA IZZATI BINTI KHAIRUL ANWAR

 

SITI NUR JANNAH BINTI OSMAN

 

13/6 – 4/8

3. Ketua Jabatan Bendahari dan Biro Ekonomi

SHAFIQ AIMAN BIN SHARIN

MUHAMMAD AIZUDDIN BIN RAZAK 15/7 – 31/8
4. Timbalan Jabatan Bendahari dan Biro Ekonomi

SITI NOR SARAH BINTI HANIPAH

NURUL AS-SYIFA’ BINTI MOHD FUAD 7/9 – 21/10
5. Ketua Biro Akademik

AHMED HANNAN BIN HUSSIN

MOHAMAD FIRDAUS BIN RASDI 20/8 – 20/9
6. Timbalan Biro Pembangunan Insan

SITI NUR JANNAH BINTI OSMAN

FARZANA IZZATI BINTI KHAIRUL ANWAR 1/8 – 15/9
7. Timbalan Biro Kebajikan

FARAH AFIQAH BINTI AZMI

NOOR LIYANA BINTI MOHD ISA 24/6 – 15/8
8. Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan

MOHAMAD NAQIUDIN BIN SHAMSUL RIZAL

MUHAMMAD SYAFIQ AFIFI BIN MOHD NASIR 30/6 – 1/8
9. Timbalan Biro Penerbitan dan Penerangan

NUR ELLIA AIDA BINTI MUNAWWIR

SITI NOR SARAH BINTI HANIPAH 26/7 – 15/9
10. Timbalan Biro Sukan dan Aktiviti Luar

NURUL AS-SYIFA’ BINTI MOHD FUAD

AISYA WAHIDA BINTI NAFIAH 24/6 – 10/8

 

 

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCZ memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”


Disediakan oleh:

peng

 

 

 

 

 

MOHAMAD FIRDAUS BIN RASDI
PENGERUSI
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2017/2018.

tp

 

 

 

 

 

FARAH ADIBAH BINTI FAKHRUL RAZI
TIMBALAN PENGERUSI
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2017/2018.

Tinggalkan komen anda