Home > Menu > Berita > Kemeriahan Bazar Ramadan Di Perantauan

Kemeriahan Bazar Ramadan Di Perantauan

Zagazig, 9 Jun 2017- Program bazar Ramadan dibawah kelolaan Ihya Ramadan (IHRAM) telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi. Juadah makanan terjual dalam masa yang singkat selain daripada para pengunjung bazar hadir lebih awal untuk menerjah bazar yang disediakan. Bazar Ramadan ini bermula dari pukul 4 petang dan bertempat di Zagazig Malaysian Student Hall (ZMSH).

bazar1

Berbagai aneka juadah disediakan antaranya ialah nasi kerabu, nasi ayam panggang  lada hitam, ikan keli sambal, ‘chicken chop’ dan macam-macam lagi. Tidak dilupakan kuih-muih serta minuman antaranya kuih seri muka, kuih buah Melaka , kuih bekang, air delima, air barli dan juga air soya yang mampu mengubat kerinduan terhadap makanan Malaysia.

bazar2

Sebanyak 8  buah gerai mahasiswi dan 4 buah gerai mahasiswa telah dibuka pada hari tersebut. Antara juadah yang paling laris ialah nasi kerabu ayam bakar kerana ia habis dijual dalam masa yang amat singkat. Sememangnya program bazar seperti ini amat  dinanti-nantikan oleh semua terutamanya komuniti Melayu di sini yang terlalu merindukan juadah berbuka seperti di Malaysia.

Turut diadakan pada keesokan harinya ialah program EIMAN (Embracing Islam With Thaqafah). Pengisian yang berbeza pada kali ini iaitu kelas Tahsin al-Quran yang bertempat di ZMSH bagi mahasiswi dan Imarah Sollu Ala Nabi bagi mahasiswa. Pengisian untuk kelas tahsin ini dikendalikan oleh Ustaz Ismail Hakim bin Ibrahim, Ustazah  Adibah binti Mohamad Anuar dan Ustazah Nurul Ain binti Noor Ismail.

eiman2

eiman

Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Muzammil iaitu “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan)”.  Maka, kelas Tahsin al-Quran ini merupakan satu landasan untuk memperbetulkan lagi bacaan al-Quran beserta dengan tajwid yang tepat.

Selamat menunaikan ibadah pada bulan Ramadan yang mulia ini.

 

disediakan oleh,

Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain,

Jawatankuasa IHRAM,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

Tinggalkan komen anda