Home > Menu > Berita > Haruman Bubur Lambuk Di Bumi Kuda Putih (IHRAM 1438H)

Haruman Bubur Lambuk Di Bumi Kuda Putih (IHRAM 1438H)

Zagazig, 2 Jun 2017 – Haruman bubur lambuk memenuhi segenap ruang di bumi Zagazig apabila gotong royong memasak bubur lambuk anjuran program Ihya’ Ramadan (IHRAM) 1438H telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas. Program ini dimulakan dengan aktiviti merewang oleh para mahasiswi yang bertempat di Imarah Riyadul Jannah. Kemeriahan dirasai apabila pelbagai sumbangan diterima serta penglibatan daripada ahli yang amat memberangsangkan. Antara bahan yang digunakan ialah daging, lobak, cendawan, kacang, kismis dan macam-macam lagi yang menambahkan lagi keenakan bubur lambuk ini.

penyediaan

Seterusnya, gotong-royong memasak pula dikendalikan oleh para mahasiswa bertempat di Imarah Sollu Ala Nabi. Sebanyak satu periuk besar bubur lambuk telah disediakan untuk diedarkan kepada ahli pada sebelah petang.

memasak

memasak2

Justeru lebih 150 bungkus bubur lambuk telah berjaya diedarkan  bertempat di Zagazig Malaysian Hall Students (ZMSH). Sesungguhnya program ini telah memupuk nilai kerjasama serta menghidupkan kembali semangat gotong-royong yang semakin pudar dalam kalangan generasi masa kini.

bubur lambuk (2)

bubur lambuk pek

Bertetapan dengan firman Allah dalam surah Ali Imran iaitu  “Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk” (Ali Imran:103)

Marilah kita mengejar beribu keampunan daripada Allah S.W.T di fasa kedua Ramadan iaitu fasa Maghfirah ini.  Jadikanlah Ramadan  kali ini sebagai Ramadan terbaik sepanjang kehidupan kita. Semoga Aidilfitri yang bakal disambut  adalah  kemenangan yang besar hasil manifestasi tarbiyah Ramadan ini.

 

disediakan oleh,

Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain,

Jawatankuasa IHRAM,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

 

Tinggalkan komen anda