Home > Menu > Berita > PERMATA IHYA’ RAMADAN DI BUMI MESIR 1438H

PERMATA IHYA’ RAMADAN DI BUMI MESIR 1438H

Zagazig,27 Mei 2017 – Telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bertempat di Zagazig Malaysian Student Hall (ZMSH) yang merupakan salah satu program Ihya’ Ramadan (IHRAM) 1438H. Majlis berbuka puasa ini mendapat sambutan  hebat daripada para mahasiswa  yang dihidangkan dengan menu nasi ayam tomato. Turut diadakan EIMAN Edisi Ramadan yang menekankan bab Fikah Perubatan iaitu Puasa Pesakit oleh Ustaz Muhammad Sufi bin Mohd Yusof, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Terbuka Amerika. Pelbagai input berguna mengenai Fikah Perubatan bagi puasa pesakit iaitu perkara-perkara yang membatalkan puasa berdasarkan pendapat mazhab Syafie, rawatan moden  beserta hukumnya dan golongan yang dibenarkan untuk berbuka puasa berdasarkan keringanan yang diberikan dalam agama.  Kertas kerja  juga disediakan oleh Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2014.

595cde9a-7aaf-4379-88a1-63c40a2b239b   

PicsArt_05-29-12.42.38

 18816056_1939130372780017_27067879_n

Untuk pengetahuan, program IHRAM ini telah dirasmikan oleh saudari Farah Adibah binti Fakhrul Razi, Timbalan Pengerusi PCZ sesi 2017/2018 pada 21 Mei 2017 yang lalu . Pelbagai program  yang disediakan untuk semua mahasiwa Zagazig pada bulan yang mulia ini antaranya  ialah Tadarus al-Quran secara berkala mengikut kumpulan tadarus masing-masing , program bubur lambuk, bazar dan macam-macam lagi. Diharapkan dengan kehadiran Ramadan pada kali ini bukan sahaja kita berlumba untuk menggandakan amalan tetapi mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli. Sesungguhnya dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan, dalam ukhuwah teruji ketulusan dan dalam tawakal teruji keyakinan. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

 

18762521_1939129959446725_1424632851_n

disediakan oleh,

Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain,

Jawatankuasa IHRAM,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018.

Tinggalkan komen anda