Home > Important Post > [KENYATAAN RASMI: DANA PENGGERAK PCZ]

[KENYATAAN RASMI: DANA PENGGERAK PCZ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan langit dan bumi kerana dengan nikmat yang dikurniakan-Nya, PERUBATAN Cawangan Zagazig masih lagi berdiri teguh menabur bakti di bumi Kuda Putih. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat perjuangan baginda kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam.

Allah SWT berfirman di dalam surah at-Taubah:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚفَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

Berdasarkan ayat di atas Allah SWT menegaskan janji-Nya kepada orang yang beriman yang berjuang di jalan-Nya dengan balasan syurga. Kebajikan kepada muslim yang lain merupakan salah satu jalan daripada jalan-jalan menuju kepada Allah. Sebagai seorang muslim, tidak dapat disangkal bahawa tidak ada tempat yang lebih baik untuk dijadikan sebagai kediaman di akhirat selain syurga.

Kelangsungan PERUBATAN sebagai persatuan yang ulung di Mesir tidak lain tidak bukan adalah kerana adanya ahli-ahli yang sentiasa komited untuk menjayakan semua pembawaan yang telah disusun di peringkat pimpinan. Tenaga, masa dan duit merupakan modal penting bagi seorang ahli yang menjadi penggerak PERUBATAN untuk terus komited dalam melaksanakan tugas mereka.

Pada MTC kali ke-7 yang lepas, satu usul telah dibentangkan berkaitan “Dana Penggerak PCZ”. Dana ini bertujuan untuk memperuntukkan sebahagian insentif daripada perbelanjaan pengangkutan ke tempat mesyuarat kepada semua penggerak Perubatan Cawangan Zagazig. Hasil dari perbincangan itu, ahli PCZ telah bersepakat untuk menerima usul tersebut. Oleh kerana itu, Majlis Pengerusi sesi 2017/2018 berbesar hati untuk menjayakan usul tersebut dan perbincangan telah diadakan bersama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi sesi 2017/2018 supaya usul ini diimplimetasikan.

Oleh yang demikian, PERUBATAN Cawangan Zagazig telah melancarkan “Dana Penggerak PCZ” untuk merealisasikan usul MTC yang telah dipersetujui majoriti ahli Perubatan Cawangan Zagazig. Besar hasrat kami untuk membantu para penggerak Perubatan Cawangan Zagazig yang telah bertungkus-lumus mengerah keringat bagi kelangsungan persatuan ini. Maka dengan itu, sedikit pencerahan berkenaan dana ini adalah seperti berikut:

Antara peraturan yang telah digariskan bagi membuat permohonan skim ini ialah:

  1. Setiap pemohon hendaklah jujur dalam membuat permohonan.
  2. Pemohon merupakan MTP, AJKT, unit di bawah Biro PCZ dan peneman/musyrif mahasiswi.
  3. Tempoh masa permohonan ialah sebelum berlangsungnya mesyuarat tersebut.
  4. Tujuan permohonan hanya untuk mesyuarat dan perkara yang melibatkan program-program PERUBATAN.
  5. 50% daripada jumlah perbelanjaan pengangkutan ke muhafazah akan diberikan.

Permohonan hendaklah dibuat secara terus kepada Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018. Kemudian, ketua biro/unit perlu mengisi borang pada pautan yang disediakan oleh Jabatan Bendahari. Berikut adalah peruntukan di bawah skim ini yang telah disepakati oleh barisan Majlis Tertinggi iaitu peruntukan pengangkutan ke muhafazah mengikut tempat:

CAWANGAN NILAI PERUNTUKAN
Iskandariah  LE 40 setiap orang
Tanta  LE 20 setiap orang
Mansurah  LE 20 setiap orang
Kawasan Kaherah  LE 20 setiap orang

 

Disini kami lampirkan borang permohonan dana penggerak:

https://goo.gl/forms/t9ZarSuLEyRs2KmA2

Harapannya agar dengan wujudnya skim ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli serta sedikit sebanyak akan melancarkan lagi gerak kerja penggerak PCZ baik di peringkat pimpinan mahupun ahli.

Siiru a’la barakatillah,

 

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“PCZ One Big Family”.

“Pengurusan Wang PERUBATAN Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diakui”

shafiq1

Shafiq Aiman Bin Sharin
Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018

sarah1

Siti Nor Sarah binti Hanipah
Timbalan Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018

Tinggalkan komen anda