Home > Menu > Berita > FEZTIVAL – KESATUAN BERJAYA MENARIK PERHATIAN AHLI BERAKSI

FEZTIVAL – KESATUAN BERJAYA MENARIK PERHATIAN AHLI BERAKSI

Zagazig, 8 April 2017 –  pertembungan epik dikalangan ahli- ahli PERUBATAN Cawagan Zagazig dalam acara sukaneka Zagazig Family Day Festival kali ini yang bertemakan “Bring Out The Festivity In You” telah diadakan di Stadium Universiti Zagazig bagi mahasiswa manakala mahasiswi di Stadium Kuliah Banat pada hari jumaat semalam.

Ahli- ahli telah dibahagikan kepada 5 elemen iaitu Aqua terdiri daripada graduasi dan farmasi, Fire pra klinikal perubatan, Zephyr – Exorare (tahun 4 perubatan), Earth – Averroes VI (tahun 5 perubatan), Thunder – Heroe5 (tahun 6 perubatan). Kumpulan Zephyr ikhwah telah dinobatkan sebagai keseluruhan kumpulan terbaik bagi kategori ikhwah manakala kumpulan Earth menggunguli bagi kategori akhawat.

17902152_1521063517926889_318646787_o

“ Sepanjang Festival Alhamdullilah kita berjaya melaksanakan program selama 3 hari sambutan yang kita jangkakan sangat memberangsangkan seiring dengan  objektif kita iaitu ukhwah dan kesatuan  apabila dilihat kembali pada kehadiran boleh dikatakan sebanyak  90 peratus  ahli hadir. Jika diberi peluang  In sha Allah program- program ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang” kata saudari Nur Hannan Syazwanie selaku Timbalan Pengarah Festival17.

17887169_1429010703816003_871082469_o

Saudari Zulaikha bt Azmi mewakili johan kumpulan terbaik akhawat Averroes VI berkata  “Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana bertungkus lumus menjayakan program ini. Selepas tamat program, Alhamdulillah saya rasa semangat ukhuwah sesama ahli bertambah erat. Harapannya lebih banyak program seperti ini dapat diadakan dan menarik lebih ramai ahli turut serta menjayakannya bersama- sama”

17861683_809836549167030_1414935157834296934_n

Festival17 dimeriahkan lagi dengan sambutan ulang tahun PERUBATAN Cawagan Zagazig kali ketujuh. Acara memotong kek diketuai oleh saudara Mohamad Hirzi Hazim mewakili  Majlis Tertinggi PERUBATAN 2017/2018 diiringi oleh  saudara Mohamad Firdaus, Pengerusi PERUBATAN Cawagan Zagazig 2017/2018.

Disediakan oleh,

Nur Aini bt Mustafa,

Unit liputan,

PERUBATAN Cawagan Zagazig (PCZ) 2017/2018.

Tinggalkan komen anda