Home > Menu > Karya > Artikel > [Artikel: Ceritera Disebalik Sebuah FEZTIVAL]

[Artikel: Ceritera Disebalik Sebuah FEZTIVAL]

17807687_810959605721391_3965717895392906108_o

 

Mari mendengar cerita cinta,
Cinta antara kita semua.
Camp fire mencipta sejarah,
Ada yang memilih ke istad gamaah,
Roof top imarah, kawasan hijau dan sebagainya.
Nyalaan api (FIRE), siraman air (AQUA), angin sepoi-sepoi bahasa (WIND), kilat sabung menyabung (THUNDER),
Semuanya berpijak dibumi yang nyata (EARTH).
Kita tidak kuat berdiri sendiri.
Masih ingat lagi firman Tuhanmu?
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” (Ayat 10, surah Al-Hujurat)
Persaudaraan bermaksud ikatan.
Mana mungkin kukuh ikatan kalau hanya satu tali disimpulkan?

 

tarik tali

 

Outdoor games.
Zaman kanak-kanak kembali lagi.
Makan sepotong epal seperti kisah Snow White,
Bedak free of charge ketika cari gula-gula dalam tepung,
Puzzle yang mencabar minda menjadi penentu siapakah juara,
Kaki diikat berpasangan bersama bola dibawa bersama,
Dan check point akhir sekali,
Berlari dalam guni.
Dodge ball, ikat belon dikaki dan art attack,
Hampir sahaja memberi heart attack kepada semua.

 

17800163_809083832575635_4366041446467890766_n

 

Petang kebudayaan dinantikan dengan penuh sopan,
Banyak sungguh bakat terpendam,
Sajak, doa, rap, semua diselitkan dalam lagu,
Bukankah cantik kombinasi sebegitu?
Tidak dilupakan lambaian tangan dan tepukan gemuruh dari penonton di dewan.
Islamik, keamanan, kesatuan, ukhuwah,
Menjadi tema kepada Zagazig Got Talent (Fashion Show).
Kalian kesemuanya berseri-seri,
Ditambah dengan kepetahan berbicara.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Aqua,
Semua gembira dengan kejayaan kumpulan anda.

 

17799219_809836589167026_6015694796029248091_n

 

Malam penutup yang disilangi debaran dan kemeriahan,
Harapan Pengarah dan Ajk Pelaksana program cuma satu,
Biar ukhuwah islamiyyah ini terus bersatu kerana
Dia Yang Maha Satu.
Moga bila ada yang jatuh, banyak tangan sudi dihulur,
Boleh jadi itu sebab kita ke Firdaus.
Terima kasih Tuhan,
Atas segala nikmat yang diberikan.
Moga Syria, Gaza, Rohingnya dan seluruh negara umat Islam,
Sentiasa dalam doa kita.
Masih ingat wahyu diberikan kepada kekasih yang tidak pernah menatap wajahmu?
“ Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu” (ayat 60, surah Al-Ghafir)

 

Tulisan oleh:

Nur Azmah binti Suhaimi,
Tahun 5 Kuliah Perubatan,
Universiti Zagazig.

Tinggalkan komen anda