Home > Important Post > [MAJLIS KETUA BATCH (MKB): “FREQUENTLY ASKED QUESTIONS” (FAQs)]

[MAJLIS KETUA BATCH (MKB): “FREQUENTLY ASKED QUESTIONS” (FAQs)]

[MAJLIS KETUA BATCH (MKB): “FREQUENTLY ASKED QUESTIONS” (FAQs)]

Umum:

1) Apakah Majlis Ketua Batch (MKB)?

Majlis Ketua Batch (MKB) ini merupakan satu organisasi yang diwujudkan dibawah kelolaan Naib Pengerusi PCZ yang dianggotai oleh seorang Ketua dan seorang Timbalan Ketua daripada batch:

  • Perubatan Pra-Klinikal (Tahun 1,2 & 3)
  • Perubatan Tahun 4
  • Perubatan Tahun 5
  • Perubatan Tahun 6
  • Farmasi (Keseluruhan ahli)

2) Apakah tujuan (objektif) MKB ini ditubuhkan?

  1. Memperkemaskan sistem pentadbiran PERUBATAN Cawangan Zagazig agar lebih kemas dan tersusun.
  2. Menjadi salah satu medium bagi pimpinan PCZ untuk mengetahui pandangan dan permasalahan ahli dengan lebih sistematik dan seterusnya menyalurkan bantuan dan tindakan dengan lebih efisien.
  3. Memudahkan PCZ menyalurkan maklumat kepada semua ahli dengan lebih sistematik dan menyeluruh.
  4. Memupuk dan mendidik ahli dalam melibatkan diri dalam aktiviti persatuan.
  5. Mengukuhkan ukhuwwah dan kesatuan antara ahli dengan pelaksanaan program/aktiviti di peringkat batch.
  6. Melatih daya kepimpinan dalam kalangan ahli batch melalui perwakilan yang dilantik.

3) Adakah perbezaan MKB yang akan dilancarkan ini dengan pelaksanaan di PERUBATAN Cawangan lain?

MKB di peringkat PCZ berbeza daripada sudut organisasi dan pergerakan berbanding pelaksanaan di cawangan lain, mengambil kira taburan jumlah ahli mengikut jurusan dan batch di Universiti Zagazig.

 Pemilihan MKB:

4) Bagaimanakah pemilihan MKB ini dibuat?

Pencalonan dan pengundian dibuat oleh ahli batch di bawah kendalian Jawatankuasa Pemilihan MKB yang terdiri daripada wakil setiap batch yang bertanding dan dilantik oleh Naib Pengerusi.

5) Bilakah pemilihan ini akan dijalankan?

Pemilihan ahli Majlis Ketua Batch (MKB) akan dijalankan apabila bermula sesi pengajian kuliah yang baru.

6) Siapakah yang layak menjadi calon MKB?

Semua ahli adalah layak untuk dicalonkan sebagai calon Majlis Ketua Batch kecuali :

  1. MTP
  2. AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig
  3. Jawatankuasa Pemilihan MKB
  4. Mana-mana individu yang memegang jawatan dalam pertubuhan lain selain PERUBATAN
  5. Mana-mana individu yang ditafsirkan sebagai melanggar etika dan perlembagaan PERUBATAN

7) Mengapakah ahli Jawatankuasa Pemilihan MKB (JPMKB) tidak dibenarkan untuk dicalonkan?

Ahli Jawatankuasa Pemilihan MKB tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi menjaga ketelusan JPMKB dalam mengendalikan pemilihan MKB batch tersebut.

8) Ahli MKB yang menang, adakah nanti boleh dicalonkan untuk AJKT PCZ?

Boleh.

9) Berapakah bilangan ahli MKB bagi setiap batch?

MKB dianggotai oleh seorang Ketua dan seorang Timbalan Ketua daripada batch:

  • Perubatan Pra-Klinikal (Tahun 1,2 & 3)
  • Perubatan Tahun 4
  • Perubatan Tahun 5
  • Perubatan Tahun 6
  • Farmasi (Keseluruhan ahli)

Bidang Tugas MKB:

10) Secara ringkas, apakah bidang tugas MKB?

  1. Menjadi salah satu medium perantaraan antara pimpinan PCZ dengan ahli batch.
  2. Menyalurkan segala maklumat berkenaan dengan kebajikan dan permasalahan pelajar kepada Naib Pengerusi untuk mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya oleh AJKT PCZ.
  3. Merancang program di peringkat batch dan dibawa ke peringkat Panitia Perancang PCZ untuk kelulusan.
  4. Memberikan kerjasama kepada AJKT PCZ dalam gerak kerja melibatkan ahli batch.
  5. Sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong sesama batch mahupun batch yang berlainan agar jaringan ukhuwwah dapat diperluaskan.

11) Adakah berlaku pertindanan gerak kerja MKB dengan gerak kerja Biro Akademik?

Tidak. Gerak kerja Biro Akademik tetap akan berjalan seperti biasa manakala gerak kerja MKB adalah dibawah pantauan Naib Pengerusi merangkap Panitia Perancang.

Perbezaan MKB Dengan Gerak Kerja Sedia Ada:

12) Adakah dengan tertubuhnya MKB akan berlaku lebih banyak birokrasi dalam gerak kerja PCZ?

Tiada pertambahan birokrasi, malah MKB diletakkan secara terus dibawah Naib Pengerusi untuk mengelakkan pertambahan birokrasi.

13) Adakah MKB sama fungsinya dengan CP/CVP?

Tidak. MKB menjaga kebajikan ahli batch keseluruhan manakala CP/CVP hanya bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan kuliah di universiti.

14) Adakah ZAP akan digerakkan oleh MKB oleh kerana perjalanannya adalah mengikut batch?

Bergantung kepada panel ZAP yang dilantik.

Program:

15) Adakah MKB boleh membincangkan untuk penganjuran program?

Ya. Perbincangan penganjuran program hendaklah dibuat bersama ahli batch dan dipanjangkan kepada Naib Pengerusi.

16) Apakah jenis program yang boleh dianjurkan oleh MKB?

Program yang hanya melibatkan ahli batch tersebut, mengikut keperluan semasa batch dan hendaklah tidak melanggar etika program yang ditetapkan.

Disediakan oleh:

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

Naib Pengerusi 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017.

 

Tinggalkan komen anda