Home > Important Post > [KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) YANG DIKEKALKAN]

[KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) YANG DIKEKALKAN]

logo baru

ﺑﺴﻢ الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas segala nikmat dan kasih sayang yang telah dikurniakan ke atas hamba-hambaNya yang terpilih, tiada yang lebih berharga dari keredhaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan juga ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah, kini perjalanan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) menghampiri ke bulan Disember di mana secara rasminya Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) telah pun ditubuhkan menandakan sesi pimpinan PCZ 2016/2017 telah memasuki fasa terakhir kepimpinan. Di samping itu juga, dengan kembalinya JPC telah membuatkan debaran dan kehangatan pilihan raya kian terasa.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 2 yang menyatakan :

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATANCawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Sehubungan dengan itu, seluruh pimpinan Ahli Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017 telah bermesyuarat dan bersetuju dengan sebulat suara untuk mengekalkan empat orang AJKT. Empat orang AJKT ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihan raya.

 

munzir1                                   zaim1

(Munzir bin Hasan)                                     (Muhammad Zaim bin Sharifudin)

 

farzana1                                     aisyah

(Farzana Izzati binti Khairul Anwar)         (Aisya Wahida binti Nafiah)

 

Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mereka melayari bahtera ini bersama pimpinan sesi yang akan datang dengan lebih berdedikasi dan seterusnya mampu membawa kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018 lebih terkehadapan dan proaktif seiring dengan PERUBATAN cawangan-cawangan yang lain.

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyanng, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.”

(Al-Anbiya : 73)

 

Sekian. Terima kasih.

 

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Disediakan oleh,

miftah

MUHAMMAD MIFTAHUDDIN BIN SUFYAN
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

hannan

NUR HANNAN SYAZWANIE BINTI MOHD NOR SHOKRI
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

Tinggalkan komen anda