Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak melalui perit manis ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.
Untuk makluman semua ahli, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2016/2017 yang telah dan akan pulang ke Malaysia, dan perlu dipangku atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.
Merujuk Fasal 28 Perkara 3 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN berkaitan Kekosongan Jawatan:
Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, Majlis Pengerusi PCZ memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.
Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:
PORTFOLIO | NAMA AJKT | TARIKH MENINGGALKAN MESIR | TARIKH PULANG KE MESIR | PEMANGKU |
PENGERUSI | MUHAMMAD MIFTAHUDDIN BIN SUFYAN | 29/11/2016 | 24/2/2017 | UMAR IZUDIN BIN MHD RAMLI |
JABATAN SETIAUSAHA | NISRIN BINTI CHE RAHMAT | 2/12/2016 | 17/1/2017 | FARZANA IZZATI BINTI KHAIRUL ANWAR |
Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.
Sekian, wassalam.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah
Disediakan oleh:
MUHAMMAD MIFTAHUDDIN BIN SUFYAN
PENGERUSI
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2016/2017
NUR HANNAN SYAZWANIE BT MOHD NOR SHOKRI
TIMBALAN PENGERUSI
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2016/2017