Home > Menu > Kenyataan Rasmi > KENYATAAN RASMI: JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN 2016/2017

KENYATAAN RASMI: JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN 2016/2017

 KENYATAAN RASMI: JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN 2016/2017

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

إِذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم

Nabi s.a.w telah memerintahkan kepada umat Islam supaya memilih pimpinan walaupun dalam golongan yang sedikit, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud, “Jika tiga orang daripa kamu keluar dalam suatu perjalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah satu di antaranya sebagai pemimpin.”

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala di dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Adalah salah satu tanggungjawab yang besar dalam memilih pemimpin. Satu tanggungjawab yang pasti akan ditanya di akhirat kelak. Memilih pemimpin juga perlu melihat syarat-syarat dan ciri-ciri yang Islam gariskan, antaranya ialah memilih pemimpin yang arif akan agama, amanah dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan rakyatnya.

Selari dengan perlembagaan PERUBATAN,

Fasal 27 (1) (a) Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Fasal 30 (5) (b) Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi( AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2016/2017 telah berbincang dan memutuskan untuk melantik Muhammad Syafiq Afifi bin Mohd Nasir sebagai Pengarah dan Nadzirah Aqeelah binti Mohd Ezani sebagai Timbalan Pengarah JPC 2016.

Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung bawah PCZ, JPC bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) berjalan lancar dan selari dengan konsep demokrasi Islam. Justeru, gerak kerja yang amanah, cekap, dan telus amatlah dititik beratkan bagi memaksimumkan kualiti hasil yang bakal dikecapi bersama.

Bilangan kerusi AJKT yang akan dipertandingkan untuk PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2016/2017 telah dikurangkan daripada 7 kerusi pada sesi 2015/2016 kepada sebanyak 6 buah kerusi sahaja. Hal ini adalah kerana keperluan kepada organisasi yang lebih kecil untuk jumlah ahli yang sedikit. Pengecilan ini adalah bertujuan untuk mengoptimumkan organisasi supaya mencapai objektif, visi dan misi PERUBATAN, dalam masa yang sama tidak membebankan tenaga ahli yang semakin berkurang saban tahun.

Perbincangan telah dibuat di peringkat Lembaga Penasihat PCZ 2016/2017 yang turut disertai oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCZ 2016/2017. Kemudian hasil perbincangan ini telah dinilai dan diluluskan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN beserta Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN 2016/2017.

Semoga pilihanraya kali ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan. Diharapkan semua ahli terlibat secara langsung dalam menjayakan pemilihan yang akan diadakan ini bagi memastikan pimpinan yang dilantik dapat memberi manfaat kepada semua ahli kelak.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

‘ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI’

Sekian, terima kasih.

shukri-muslim-maulana-bin-mahamad-anuar

Shukri Muslim Maulana Bin Mahamad Anuar,
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2016/2017.

Tinggalkan komen anda