Home > Majlis Tertinggi > Jabatan Bendahari > [KENYATAAN RASMI: YURAN TAHUNAN PERUBATAN]

[KENYATAAN RASMI: YURAN TAHUNAN PERUBATAN]

[KENYATAAN RASMI: YURAN TAHUNAN PERUBATAN]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan pada hari ini untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Bermulanya sesi pengajian baharu, maka akan berlangsung fasa kutipan yuran PERUBATAN bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) dibawah kelolaan Jabatan Bendahari. Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

“Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN Cawangan Zagazig dan PERUBATAN. Diingatkan bahawa ahli yang berjaya membayar yuran sahaja yang layak mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan dan Mesyuarat Agung PERUBATAN.

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig akan berlangsung pada 12 – 24 November 2016.

Bayaran akan dipungut oleh Bendahari Batch sepanjang fasa kutipan berlangsung. Setiap pembayaran akan disertakan dengan pemberian resit bayaran.

Segala bentuk kerjasama kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang lebih besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Zagazig yang tercinta.

Siiru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“PCZ- One Big Family”

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”
“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 Disediakan oleh:

taha1

MOHD TAHA ARIFF BIN ISA ALI
BENDAHARI
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

 

aifaa1

‘AIFAA ‘ALYAA BINTI ISMAIL
TIMBALAN BENDAHARI
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

Tinggalkan komen anda