Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [KENYATAAN RASMI: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP) PCZ SESI 2016/2017]

[KENYATAAN RASMI: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP) PCZ SESI 2016/2017]

[KENYATAAN RASMI: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP) PCZ SESI 2016/2017]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarga baginda.

“Kebenaran yang tidak tersusun akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun”

– Sayyidina Abi bin Abi Talib

Seorang yang memahami tentang perancangan yang sistematik dan memiliki kemahiran mengurus akan berupaya memastikan kerja dapat diselesaikan dengan hasil yang terbaik. Dalam konteks pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segala yang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gaya berfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi. Rasa keimanan sebegini dalam kalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi dan organisasi yang bermoral.

Bagi menyahut seruan tersebut, PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) telah mengadakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP) bagi sesi 2016/2017. MSP pada kali ini diadakan untuk membuat penilaian terhadap beberapa aspek seperti: Misi PERUBATAN, Pembawaan PCZ, Kertas Kerja Dasar (KKD) Biro dan Unit Khas, muhasabah ahli dan kesinambungan daripada resolusi panel kajian khas pada sesi yang lepas.

Selain pimpinan, ahli juga akan turut terlibat dan diberi ruang untuk membuat penilaian terhadap gerak kerja melalui borang atas talian yang akan dibuka pada 20 Oktober 2016 sehingga 1 November 2016.
Borang kaji selidik ini dibuat untuk mengkaji tahap keberkesanan gerak kerja PERUBATAN Cawangan Zagazig kepada ahli khususnya melalui penilaian gerak kerja Jabatan, Biro dan unit-unit di bawah PCZ.

Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 100 responden yang terdiri daripada ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig untuk mengisi borang ini dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, Unit Research & Development (R&D) di bawah Naib Pengerusi PCZ mengharapkan ahli-ahli dapat memberi pandangan yang sejujurnya dalam mengisi borang kaji selidik ini bagi memastikan PCZ terus membangun dalam memberi kebajikan yang terbaik kepada semua ahli di bumi kuda putih ini.

Sekian.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“PCZ- One Big Family”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

Disediakan oleh,

umar1

UMAR IZUDIN BIN MHD RAMLI
NAIB PENGERUSI I
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

liyana

LIYANA BINTI ROSLI
NAIB PENGERUSI II
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

 

Tinggalkan komen anda