Home > Menu > Informasi > UBM: Senarai Barangan Keperluan Untuk Ibu Bakal Bersalin

UBM: Senarai Barangan Keperluan Untuk Ibu Bakal Bersalin

UBM: SENARAI BARANGAN KEPERLUAN UNTUK IBU BERSALIN 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: 14)

Proses kelahiran anak adalah detik yang paling mengujakan oleh setiap pasangan dengan kehadiran bakal cahaya mata sebagai penyeri kepada rumah tangga. Walaubagaimanapun, persediaan saat akhir dalam tempoh bersalin sangat berguna dalam memudahkan pergerakan si ibu sama ada sebelum bersalin atau dalam tempoh berpantang. Berikut adalah cadangan dan senarai barangan untuk si ibu dan si anak :

  1. PERSIAPAN SI IBU
  • Kad hospital
  • al-Quran dan tasbih
  • Kad pengenalan/passport
  • Keputusan pemeriksaan yang terakhir.
  • Telefon bimbit/telefon pintar
  • Buah kurma/susu kurma jenama Dina Farm (nutrisi bermanfaat sebelum bersalin)
  • Baju/Blouse (yang memudahkan proses penyusuan)
  • Kain batik
  • Stokin tebal
  • Nursing Bra
  • Sweater
  • Tuala
  • Peralatan mandi (sabun, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi)
  • Tuala wanita
  • Selipar
  • Sikat
  • Termos
  • Makanan/minuman
  • Beg plastik
  • Majalah/buku berilmiah
  1. PERSIAPAN SI BAYI
  • Baju
  • Seluar
  • Minyak Telon
  • Tisu basah
  • Tuala mandi
  • Stokin/sarung tangan
  • Selimut bayi
  • Barut
  • Topi
  • Kain/tuala kecil
  1. LAMPIN BAYI
  • Tisu basah
  • Lampin pakai buang (Newborn)
  • Tikar tukar lampin bayi
  • Sabun khas untuk mencuci pakaian bayi
  1. BABY CARE AND GROOMING
  • Bedak, losyen, sabun, syampu
  • Minyak bayi (untuk elakkan kembung perut)
  • Sikat
  • putik kapas (cotton bud)
  • Set tilam dan bantal bayi
  1. BEG DI WAD BERSALIN (beg kecil diasingkan)
  • Lampin bayi
  • Pakaian bayi
  • Napkin
  • Tuala
  • Selimut
  • Kain batik ibu
  • Keperluan Berpantang
  • Jamu/set lepas bersalin
  • Stokin
  • Baju sejuk
  • Tungku
  • Bengkung
  • Minyak angin/urut
  • Selipar
  1. MENYUSU
  • Termos
  • Botol susu
  • Berus pencuci botol
  • Cecair khas untuk bersihkan botol susu
  • Nipple cream
  • Breast pump

 

Ini adalah cadangan dan tidak bersifat mandatori untuk disediakan oleh semua para ibu bapa menjelang hari kelahiran cahaya mata. Semoga ianya bermanfaat dalam fasa persediaan si ibu sebelum bersalin.

Wallahu a’lam

”Sempurnakan agamamu dengan perkahwinan”

Disediakan oleh:
Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2016/2017.

Tinggalkan komen anda