Home > Menu > Informasi > AHLAN: Tempat Menarik di Zagazig

AHLAN: Tempat Menarik di Zagazig

62605350

Bumi Zagazig boleh dikategorikan sebagai salah satu Muhafazah (negeri) yang sedang membangun. Kedudukan geografinya yang berada di kawasan perkampungan dan kawasan pertanian yang subur, menjadikan sumber rezeki utama penduduk di sini iaitu pertanian, penternakan dan perniagaan kecil-kecilan. Selain itu, ada juga yang membangunkan rumah-rumah sewa fokus kepada pelajar universiti di sini.

Bumi Mesir terkenal dengan tanahnya yang subur dan tanamannya yang segar. Walaupun dikelilingi dengan padang pasir, akan tetapi Sungai Nil menjadi nadi utama bagi sistem perairan di sini. Terdapat satu kawasan yang pasar bagi penduduk disini yang dinamakan Kubri. Di sini terdapat pelbagai pilihan sayuran, buahan, ikan, dan daging dengan harga yang berpatutan. Tempat ini boleh disamakan dengan “Pasar Selayang” atau “Pasar Siti Khadijah” di Malaysia.

Menariknya di Mesir ini, boleh dikatakan hampir semua muhafazah mempunyai universiti masing-masing seperti Assiut : Universiti Assiut, Fayyum : Universiti Fayyum, Mansura: Universiti mansura.

Tidak ketinggalan, Zagazig juga mempunyai universiti yang  dinamakan Universiti Zagazig. Lebih mengagumkan, kesemua universiti di  Mesir mempunyai hospital masing-masing yang mana amat sukar untuk didapati di Malaysia.

Terdapat stadium universiti yang dipanggil sebagai Istad Gamaah. Tempat ini menjadi tumpuan bagi pelajar Malaysia  kerana menyediakan pelbagai fasiliti untuk menjalankan aktiviti sukan seperti bola padang, futsal, bola keranjang, bola tampar, kolam renang dan bola baling. Istad Gamaah ini pernah menjadi pernah menjadi tuan rumah bagi acara sukan tahunan PERUBATAN (PSD : Perubatan Sport’s Day) yang mengumpulkan atlit-atlit pelajar sains kesihatan di Mesir.
26003202
Muhafazah Zagazig mempunyai 2 kawasan tumpuan iaitu Mahattoh dan Qaumiah yang boleh dikategorikan sebagai bandar utama.  Istilah bandar di Zagazig ini bukanlah seperti yang tergambar di Malaysia, mempunyai hypermarket yang besar, bangunan tersusun akan ia lebih tetapi lebih kepada pekan. Mahattoh dan Qaumiyah menjadi tarikan penduduk disini untuk membeli belah serta mencari kelengkapan diri seperti pakaian, barang elektronik dan peralatan rumah.
Di situ juga terdapat pelbagai restoran 4 bintang  seperti Stereo, Spectra, Quatro, Nino’s, 7 Days, Cook door, BBQ, Baleno, ‘Asil  dan Hadhorol maut. Restoran ini membuatkan anda seolah-olah berada di Negara Eropah. Tidak lengkap kalau tidak mencuba jus buah yang sedap di Rashedee kalau berjalan disini.

Tidak lengkap kalau datang Zagazig tetapi tidak mencuba Krib. Muhafazah Zagazig terkenal dengan makanan krib bagi pelajar Malaysia di Mesir. Boleh dikatakan kebanyakan restoran di sini menyediakan hidangan krib. Selain itu terdapat nasi yaman di restoran hadramaut. Di sini juga terdapat fathiroh cokelata atau mudahnya roti canai perisa coklat yang menjadi pilihan sebagai hidangan pada sambutan hari lahir. Terdapat juga restoran Indo Malaya dan La Tansa yang menyediakan masakan Melayu-Indonesia bagi mengubat rindu Malaysia. Bagi masyarakat Mesir, tokmiah, ful, shubshukah, falafel menjadi makanan harian mereka. Bagi pelajar Malaysia, tidak lengkap jika belajar 5 atau 6 tahun disini tanpa mencuba makanan arab di sini.

Terdapat juga tempat rekreasi Misriya Park menjadi tumpuan bagi pelajar Malaysia. Tempat ini dijadikan tempat melakukan aktiviti luar seperti “Smart Circle”, jamuan kelas atau sekadar merehatkan minda.
Walaupun muhafazah Zagazig tidaklah membangun seperti Kaherah, terdapat juga mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan seperti singa, musang, harimau dan lain- lain.

Selain itu, terdapat Makam Sheikh Sya’rawi, yang terletak di Midgham. Perjalanan ke sana mengambil masa 30 minit daripada penempatan Malaysia (Salam). Almarhum Sheikh Sya’rawi merupakan ulama tafsir yang terkenal di Mesir. Rakaman ucapan khutbah beliau sering dimainkan di radio-radio mesir.   Di Zagazig juga terdapat Masjid Fattah, menjadi tarikan utama kerana seni bina Uthmaniyah dan menara berketinggian 11 meter. Dibina pada tahun 1832, masjid ini berdekatan dengan Universiti Zagazig juga menjadi tumpuan bagi majlis perkahwinan masyarakat tempatan.

Disediakan oleh:

AJK Ahlan 2016/2017

 

Tinggalkan komen anda