1) PROSEDUR UNTUK PROSES KELAHIRAN DI MANA-MANA HOSPITAL DI MESIR :
Daftar masuk wad di kaunter hospital (suami/wakil), bayar pendahuluan.
Bagi yang mempunyai doktor persendirian, sila hubungi doktor anda.
Bayaran sentiasa berubah dan yang terkini proses kelahiran :
- Normal : 1500LE-1600LE.
- Caesarean Section: 3500-3600LE
*Sebaiknya berbincang lebih awal dengan doktor kalian berkenaan harga terkini dan pastikan kalian dapatkan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
↓
Selepas bersalin, doktor akan membuat pemeriksaan ibu dan anak, kalau tiada sebarang masalah,
boleh discharge selepas 12 jam atau lebih, bergantung kepada keperluan.
↓
Sebelum keluar, dapatkan uri (jika perlu), serta Surat pengesahan dari hospital kerana bersalin disitu.
↓
Dalam tempoh bayi berusia 1-14 hari, bawa bayi, bapa dan surat pengesahan dari hospital
ke ‘Wehdah Sihhi’ (Klinik ibu dan anak), mengikut hospital bersalin.
Taisir & Salah Salem : Di Shiba’
Hamdy Saeed : Di Mahattah, berdekatan penjara Zagazig
Madinah Dauli (di Kafr Zind) : Di Abu Husein, berdekatan Mauaf Iskandariah..
↓
2) PROSEDUR UNTUK PENDAFTARAN ANAK SERTA SURAT BERANAK MESIR :
Isi borang kelahiran di ‘Wehdah Sihhi’dan
Sila bawa dokumen berikut :
- Salinan passport SUAMI & ISTERI – 1 keping
- Salinan surat nikah – 1 keping
- Salinan surat pengesahan dari hospital – 1 keping
↓
3) J PROSEDUR UNTUK VAKSIN ANAK : JADUAL SUNTIKAN VAKSIN DAN BUKU KESIHATAN BAYI AKAN DIBERI PADA MASA INI.
VACCINE TABLE TRANSLATED VERSION
MOTHER’S NAME : _______________________________________
BABY’S NAME : _______________________________________
DATE OF BIRTH : _______________________________________
VACCINE | NB | 2ND MONTH | 4TH MONTH | 6TH MONTH | 9TH MONTH | 1ST YEAR | 18TH MONTH | NOTES |
BCG | 0 Dose
Date: |
|||||||
POLIO | 0 Dose
Date: |
1st Dose
Date: |
2nd Dose
Date: |
3rd Dose
Date: |
4th Dose
Date: |
5th Dose
Date: |
Booster
Date: |
|
DTP | 1st Dose
Date: |
2nd Dose
Date: |
3rd Dose
Date: |
4th Dose
Date: |
||||
HEPATITIS B | 1st Dose
Date: |
2nd Dose
Date: |
3rd Dose
Date: |
|||||
MMR | 1st Dose
Date: |
2nd Dose
Date: |
BCG : Bacillus Carmette-Guerin
DTP : Diphteria, Tetanus & Pertussis
MMR : Measles, Mumps & Rubella
Bayi akan diberi 2 suntikan pertama bersama vaksin Oral Poliomyelitis, serta ditimbang berat. Jadual masa dibuka ‘Wehdah Sihhi’ terkini untuk vaksin bayi adalah pada hari Sabtu, Isnin, dan Rabu. Bayaran adalah percuma.
↓
4) PROSEDUR UNTUK MEMBUAT SURAT BERANAK ANAK VERSI MALAYSIA
Bawa surat beranak yang dikeluarkan di ‘Wehdah Sihhi’ ke Kedutaan Malaysia, Bahagian Konsulat.
Bawa bersama :
- Gambar bayi berukuran passport – 2 keping
- Salinan surat beranak Mesir – 2 keping
- Salinan surat beranak Mesir (salinan & asal) – 1 keping
- Salinan passport IBU & AYAH BAYI – 2 keping
- Salinan sijil nikah – 2 keping
- Salinan kad pengenalan IBU & AYAH BAYI – 2 keping
Bayaran sekitar LE 63 (harga berubah) akan dikenakan. Surat beranak Malaysia siap dalam tempoh 2 minggu.
*Prosedur surat beranak Malaysia PERLU DIBUAT DALAM TEMPOH 1 TAHUN BERMULA BAYI DILAHIRKAN.
↓
5) PROSEDUR UNTUK PROSES MEMBUAT PASSPORT ANAK:
Sila bawa dokumen berikut :
- Gambar bayi berukuran passport – 2 keping
- Salinan surat beranak Malaysia – 2 keping
- Salinan kad pengenalan IBU & AYAH BAYI – 2 keping
- Salinan passport IBU & AYAH BAYI – 2 keping
- Salinan sijil nikah – 2 keping
- Salinan tiket( untuk dapatkan passport kecemasan shj)- 2 keping
*Untuk passport sementara/kecemasan (valid SEKALI SAHAJA) – LE 150, siap dalam tempoh 1 MINGGU
*Untuk passport biasa – LE 250 (harga berubah), siap dalam tempoh 4 BULAN
↓
6) PROSEDUR UNTUK MEMBUAT VISA PASSPORT ANAK:
Sila bawakan dokumen berikut:
- Isi borang visa.
- Salinan passport ayah- 2 keping
- Salinan Tasdiq dari universiti- 2 keping.
- Salinan visa ayah- 2 keping.
- Salinan syahadah milad(sijil lahir anak)- 2 keping.
- Bawa sekali syahadah milad yang asli.
- Salinan passport anak-2 keping.
- Salinan Isbat Zawaj(sijil nikah yang telah diterjemah)- 2 keping.
- Salinan tiket( untuk dapatkan visa passport kecemasan shj)- 2 keping.
NOTA :
Surat pengesahan dari hospital → Penting untuk dapat Surat Beranak Mesir
Surat Beranak Mesir → Penting untuk dapat Surat Beranak Malaysia
Surat Beranak Malaysia → Penting untuk dapat Passport dan Pendaftaran anak di Malaysia.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.
Disediakan oleh:
Unit Penerbitan dan Penerangan,
Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2016/2017.