Home > Menu > Karya > Saranan Islam Dalam Memilih Pasangan Hidup

Saranan Islam Dalam Memilih Pasangan Hidup

Ketika kalian memikirkan tentang perkahwinan dan ingin menyempurnakan separuh agama,kalian seharusnya berhati-hati dan tidak tergesa –gesa dalam memilih wanita yang akan menjadi suri rumah tangga dan ibu kepada anak-anak kalian nanti.

Ketahuilah memilih pasangan tidak semudah memilih kereta idaman. Berbagai-bagai masalah perkahwinan akan berlaku akibat sifat tergesa-gesa dalam memilih pasangan hidup. Khususnya pada kaum muda yang mudah terpesona dengan kecantikan wanita itu  tanpa mengambil kira faktor lain yang sangat penting sebelum membuat keputusan.

Disini Islam telah menggariskan beberapa asas atau prinsip penting  dalam memilih pasangan hidup demi menjaga kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selepas perkahwinan. Jika kalian mampu menerapkan kaedah-kaedah ini, dengan izin Allah, maka hidup kalian akan damai dengan agama.

Saranan untuk memilih kerana agamanya,

Agama seharusnya dijadikan kriteria utama ketika seseorang ingin menentukan pasangan hidup. Orang yang baik agamanya pastinya memiliki tingkat ketaqwaan yang tinggi. Sehingga akan membawa keluarga yang taat pada aturan Allah dan Rasul-Nya.

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah orang yang paling bertaqwa.”

 (QS. Al-Hujurat: 13)

 Islam amat menjaga dan melindungi wanita dari sebarang perkara-perkara yang haram dan wanita yang taat kepada Allah akan sentiasa jauh dari perkara yang dibenci Allah dan tidak sesekali mencemarkan kehormatan suaminya.

Sebaliknya wanita yang rosak akhlaknya dan menyimpang jauh dari petunjuk agama akan mudah terjebak dengan hasutan syaitan dan tidak dapat dipercayai dalam menjaga kehormatan dia sendiri.

Rasululullah SAW telah menerangkan kepada kita akan beberapa kriteria dalam memilh pasangan hidup,kemudian terus menunjukkan juga kriteria yang tepat kepada kita semua.

Rasulullah SAW bersabda:

تُنْكَحُالْمَرْأَةُلأَرْبَعٍلِمَالِهَاوَلِحَسَبِهَاوَجَمَالِهَاوَلِدِينِهَا،فَاظْفَرْبِذَاتِالدِّينِتَرِبَتْيَدَاكَ

“Wanita dinikahi kerana empat hal; hartanya, nasabnya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah kerana faktor agama nescaya engkau beruntung” (HR. Al Bukhari).

 Hadis ini mengisyaratkan bagaimana memilih jodoh yang baik. Meskipun Nabi SAW mendahulukan harta, nasab, dan  kecantikan namun junjungan alam ini dalam akhir hadisnya mengatakan bahawa sebaiknya memenangkan mereka yang baik agamanya. Hal ini menandakan bahwa sebenarnya agama  merupakan kriteria paling utama tidak kira kepada  bakal isteri atau bakal suami.

Saranan untuk memilih yang masih gadis,

Islam menganjurkan dan meminta kita berkahwin dengan seorang gadis. Islam mengajurkan ini kerana memang selari dengan fitrah manusia yang lebih menyukai perkara yang baru. Dalam hal ini, masih gadis itu bermaksud belum disentuh oleh mana-mana lelaki sebelum ini.

Pada zaman sahabat, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat bernama Jabir Bin Abdullah RA. dan mendengar yang dia ingin berkahwin dengan seorang janda lalu Rasulullah SAW bersabda,ertinya,

‘’Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis yang dapat saling bermesraan dengan mu?’ (HR. Bukhari).

Pada diri seorang wanita yang masih gadis terdapat manfaat dan pelbagai perkara positif ,antaranya dia belum pernah merasakan cinta dari lelaki lain sebelum ini dan semestinya dia akan menyerah segenap cinta nya kepada lelaki yang telah memilihnya sebagai isteri. Cinta sejati cinta yang pertama.

Saranan untuk memilih wanita yang tidak mandul,

Prinsip lainyang digariskan oleh islam adalah memilih wanita yang subur. Pakar-pakar menyatakan wanita yang subur dapat dilihat dari dua perkara:

Pertama: Bebasnya wanita itu daripada pelbagai penyakit yang menyebabkan dia tidak boleh hamil. Perkara ini boleh dirujuk di hospital dan itulah pentingnya membuat pemeriksaan awal kesihatan sebelum berkahwin. Seperti HIV dan Thalassemia yang membahayakan kandungan. Alhamdulilah, kini kedua bakal suami atau isteri wajib menjalankan medical check up bagi memastikan tiada masalah kesihatan yang serius sebelum bernikah dan ini amat selari dengan tuntutan agama.

Kedua : Melihat keadaan ibu dan adik-beradik perempuannya yang sudah berkahwin. Jika mereka termasuk dalam golongan wanita yang subur maka kebiasaannya bakal isteri kita juga sebegitu.

Rasulullah SAW bersabda:

تَزَوَّجُواالْوَدُودَالْوَلُودَفَإِنِّىمُكَاثِرٌبِكُمُالأُمَمَ

“Nikahilah wanita yang penyayang dan subur kerana aku berbangga dengan banyaknya ummatku pada hari kiamat.” 

(HR. Abu Dawud. Hadits senada diriwayatkan oleh An Nasa’i dan Ahmad).

Saranan untuk melihat wanita yang ingin dinikahi,

Jika kalian mula merasa rindu kepada wanitayang telah anda pilih melalui solat istikharah, maka Islam mensyariatkan kalian untuk melihat sebelum memulakan proses perkahwinan. Ini demi menjaga kalian dalam membuat keputusan berdasarkan kenyataan dan kepastian. Ini kerana hati adalah pintu kepada hati dan mampu mentautkan dua hati.

Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Sesungguhnya di mata kaum Ansar itu ada sesuatu, oleh sebab itu jika salah seorang daripada kamu ingin berkahwin dengan wanita Ansar,hendaklah kamu mengahwininya’.

At-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ‘Jika Allah meletakkan rasa suka kepada pada diri salah seorang daripada kamu terhadap seorang wanita maka hendaklah dia melihatnya, kerana perkara itu memungkinkan untuk menyatukan antara keduanya’ (HR Ibnu Majah).

Ini semua merupakan kemuliaan dan keluhuran Islam. Sekiranya seorang lelaki dilarang melihat wanita yang akan dilamarnya atau sebaliknya, nescaya tipu daya akan terus berlangsung dalam kehidupan umat manusia dan bakal meruntuhkan institusi keluarga itu sendiri.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kepada semua dalam menjejakke alam perkahwinan.

13839866_1253330994700144_890227151_o

Unit Penerbitan dan Penerangan,
Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2016/2017.

Rujukan Buku :
Tajuk :  Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga Yang Disegerakan,
Penulis : ‘Adil Abdul Mun’im Abu Al-‘Abbas ,
Publishing : Inteam Publishing.

Tinggalkan komen anda