Home > Menu > Berita > MESRA – LEBARAN BUKAN SEKADAR LEBAR-AN

MESRA – LEBARAN BUKAN SEKADAR LEBAR-AN

ZAGAZIG, 11 Julai 2016 – Berakhirnya IHRAM maka Majlis Sambutan Hari Raya PERUBATAN MESRA’16 membuka tirai kali ini dengan membawa tema “Tarbiah Diselusuri, Fitrah Disyukuri” telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall pada 9 Julai 2016 bersamaan 4 Syawal 1437H. Majlis dimulakan dengan ucapan dan gimik perasmian oleh saudara Mohamad Aisar bin Ahmad selaku Wakil Majlis Tertinggi PERUBATAN 2016/2017.

Majlis ini telah dihangatkan lagi oleh saudara Hannan Hussin dan saudara Abdussalam bin Rashdi selaku pengacara sepanjang berlangsungnya majlis. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis tersebut seperti aktiviti teka lagu raya, slot jangan lupa lirik, dan persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Insaf.

13626577_659711634179523_7019708100616553851_n

Buat julung kalinya, pertandingan fotografi telah diadakan pada MESRA’16 kali ini yang melibatkan semua ahli cawangan PERUBATAN. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh peserta dari cawangan Zagazig sendiri iaitu Fazlan Shah bin Henny Shahril, tahun 4 Perubatan yang mengalas tempat pertama dan Faliq Erizza bin Ruzelan, tahun 4 Perubatan mengalas tempat kedua. Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh peserta dari cawangan Iskandariah.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 26 sahabat taakhi dari PERUBATAN Cawangan Mansurah dan PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Seterusnya majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Presiden saudara Ikraam Abdul Latif yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

13627160_659717484178938_6669054010634958218_n

“Seronok je beraya di perantauan. Lebih-lebih lagi kalau kita meluangkan hari-hari raya kita dengan kawan-kawan yang turut tidak pulang beraya, contohnya menghadiri rumah terbuka dan menziarahi sahabat-handai. Paling seronok kita berpersatuan, kita boleh sertai rumah terbuka cawangan lain. Kalau cawangan Mansurah, cawangan taakhinya ialah PCZ dan PCS. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk sertai beraya di Zagazig. Meriah sangat dengan hiasannya yang cantik dan bertemakan suasana raya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat PCZ sebab sudi menjemput dan turut bertandang ke rumah terbuka PCM” kata ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah.

“Perasaan beraya diperantauan kali ini berbeza sedikit kerana ini kali pertama beraya dengan peperiksaan. Boleh dikatakan perasaan nak habis peperiksaan dan balik Malaysia tu melebihi daripada perasaan nak beraya. Tetapi perasaan di pagi raya dengan kenalan sahabat yang lain sedikit sebanyak dapat menggembirakan walaupun tidak semeriah seperti di rumah (Malaysia) dan rakan-rakan saling memberikan semangat untuk kami lebih fokus pada peperiksaan ini” ucap Nur Faatihah Safie tahun 4 perubatan Zagazig.

 “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (QS. al- Hujuraat: 10)

Disediakan oleh,

Nur Aini Binti Mustafa
Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017.

 

 

 

Tinggalkan komen anda