Home > Menu > Berita > Kebakaran Di Imarah Barakah

Kebakaran Di Imarah Barakah

ZAGAZIG, 20 Julai 2016 – Sebuah kebakaran telah berlaku di sebuah rumah di Imarah Barakah di Kafr Zend pada jam sekitar 11.00 pagi hari ini.

Kebakaran dipercayai berpunca dari kuali berisi minyak yang dipanaskan atas api dapur, kemudian dibiarkan seketika. Kuali tersebut dikatakan telah cair, menyebabkan api merebak ke siling dan kemudian ke seluruh dapur.

13699391_1248405795192664_1407122163_o

Alhamdulillah, seorang warga tempatan yang bekerja membersihkan laluan tangga imarah, menyedari kebakaran tersebut dan bergegas terus ke tempat kejadian untuk sama-sama membantu usaha pemadaman. Selepas lebih kurang 15 minit, api berjaya dipadamkan tanpa sebarang kecederaan.

Tiada sebarang bentuk kerugian dilaporkan selain daripada kemusnahan barang-barang dapur.

13728495_1248405808525996_2018101688_o (1)

“Alhamdulillah segala syukur pada Allah, kami semua selamat dan tidak tercedera. Kerugian juga tidak banyak, hanya pada peralatan dapur. Terima kasih kepada semua rakan yang datang membantu dan menziarahi.” kata saudara Faiz Aqeel Bin Jamaluddin, mahasiswa tahun 4 kuliah Perubatan di Universiti Zagazig dan juga salah seorang penghuni rumah tersebut. Saudara Faiz baru sahaja tiba dari Kaherah semasa kejadian tersebut berlaku, dan kemudian terus bergegas ke rumah.

Di sini, pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig ingin mengingatkan semua supaya sentiasa berwaspada ketika memasak. Elakkan sebarang aktiviti yang mengundang kelalaian ketika menunggu makanan masak seperti melayari media sosial, menonton cerita, menelefon, dan lain-lain.

13694260_1248634448503132_322352212_o

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sebarang bentuk sumbangan, boleh memberikannya kepada tuan rumah.

Disediakan oleh,

Fazlan Shah Bin Henny Shahril
Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017.

Tinggalkan komen anda