Home > Menu > Berita > ZAFAM ’16: Mencungkil Bakat Ahli Yang Terpendam

ZAFAM ’16: Mencungkil Bakat Ahli Yang Terpendam

ZAGAZIG, 9 APRIL 2016 – Program yang dinanti-nantikan mahasiswa-mahasiswi Zagazig telah berjaya dilangsungkan selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 April. ‘Zagazig Family Day 2016’ (ZAFAM ’16) telah diadakan di beberapa tempat sekitar Zagazig antaranya di Zagazig Malaysian Students Hall’ (ZMSH) sendiri, dan juga Stadium Sharkiyah.

Pengarah program ini merangkap mantan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ), saudara Ahmad Syahmi Bin Azhar berkata, bahawa ZAFAM ’16 diadakan untuk meraih semangat perpaduan dan persaudaraan antara semua rakyat Malaysia yang menetap di Zagazig.

“ZAFAM ’16 yang berobjektifkan ukhuwah, mempromosikan hiburan yang berlandaskan syariat Islam selari dengan tema PCZ – One Big Family .” ujar saudara Syahmi yang juga merupakan pelajar tahun akhir kuliah Perubatan.

Tema yang dipilih untuk program ini ialah watak-watak Superhero. Para peserta dibahagikan kepada 4 rumah sukan iaitu Superman, Batman, Ironman dan Green Lantern. ZMSH juga dipenuhi dengan hiasan-hiasan berinspirasikan Superheroes.

“Kita memerlukan idola atau identiti untuk dijadikan inspirasi dalam hidup kita. Oleh itu, kami memutus untuk menjadikan Superheroes sebagai tema program kerana setiap Superheroes mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri dan kita dapat mengambil ibrah yang baik daripada Superheroes tersebut untuk diterapkan dalam kehidupan masing-masing.” Tambah pengarah.

DSCN7880

Aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang ZAFAM ’16. Antaranya ialah Bazar yang melatih daya keusahawanan para pesertanya, pertandingan DOTA dan PES bagi mahasiswa, pertandingan memasak bagi para siswi, dan Malam Kesenian Islam yang terdiri daripada pertandingan nasyid dan pentomen. Kedua-dua pertandingan telah menampakkan bakat-bakat bergemerlapan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi Zagazig.

ZAFAM ’16 berjaya mendapat penyertaan dan sambutan yang amat memberansangkan daripada siswa-siswi Zagazig.

“ZAFAM ’16 ini sangat menyeronokkan kerana selain dapat bersukan kami juga dapat mengingati kebesaran Allah. Saya ingat makan biskut (semasa sukaneka) senang tetapi teknik salah. Makanan (pada malam penutup) pula banyak dan menyelerakan. Saya berharap mahasiswa-mahasiswi Zagazig dapat bergiat dengan lebih aktif lagi dalam program-program PCZ seperti ini.” ujar saudari Sakinah Khalisah Binti Kamaruddin, mahasiswi tahun 5 kuliah Perubatan di Universiti Zagazig, setelah selesai bersukaneka di kuliah riadah dan sukan banat.

Malam penutup melabuhkan tirainya oleh Presiden PERUBATAN sendiri iaitu saudara Muhammad Ikraam bin Abdul Latif.

Disediakan oleh,

Fazlan Shah bin Henny Shahril,
Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017.

Tinggalkan komen anda