Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pemangkuan Jawatan AJKT PCZ 2016/2017

Pemangkuan Jawatan AJKT PCZ 2016/2017

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas segala nikmat yang telah dicurahkan kepada seluruh hamba-Nya dalam meneruskan perjuangan suci kekasih agung, Baginda SAW sebagai hamba dan khalifah di bumi Mesir.

Merujuk kepada perlembagaan PERUBATAN, bab ke-4 fasal 28, di bawah item kekosongan jawatan,

Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:

Portfolio : Timbalan Ketua Biro Penerbitan Dan Penerangan
Nama : Siti Nor Sarah Binti Hanipah
Tarikh meninggalkan Mesir : 14 Mac 2016
Tarikh pulang ke Mesir : 29 Mac 2016
Pemangku : Nisrin Binti Che Rahmat

Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Disediakan oleh:

miftah

Muhammad Miftahuddin bin Sufyan
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017

hannan

Nur Hannan Syazwanie bt Mohd Nor Shokri
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2016/2017.

Tinggalkan komen anda