Home > Arkib > Arkib Jabatan Setiausaha > Kronologi Sejarah PCZ

Kronologi Sejarah PCZ

SEJARAH PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG BERSERTA KRONOLOGI

logo baru

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) merupakan salah satu cawangan Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) yang bertapak di bumi Zagazig, ash-Sharqia.

Kronologi penubuhan PCZ di bumi Zagazig, adalah seperti berikut :

2006

Kedatangan seramai 47 orang pelajar jurusan perubatan buat pertama kalinya di Universiti Zagazig.

2007

Tiada kedatangan pelajar baru untuk tahun ini.Namun, pihak perubatan induk membuat keputusan untuk menubuhkan Organisasi PERUBATAN Zagazig (OPZ) selaku duta persatuan perubatan di bumi Zagazig buat julung kalinya, untuk menjaga kebajikan para pelajar perubatan di sana.

2008

Kedatangan seramai 159 orang pelajar jurusan perubatan sekaligus mencatat jumlah warga perubatan di bumi Zagazig seramai 206 orang.

OPZ bertukar sesi dan dibarisi oleh pimpinan yang baru.Sesi ini dilanjutkan sehingga tahun 2010 (OPZ 2008/2010).

2009

Menerima kedatangan pelajar baru seramai 102 orang dari jurusan perubatan dan 26 orang pelajar jurusan farmasi yang buat julung kalinya di buka kepada pelajar Malaysia.

2010

Berikutan pertambahan ahli yang semakin ramai, pimpinan perubatan induk dan OPZ membuat keputusan yang bijak untuk menubuhkan satu lagi cawangan persatuan PERUBATAN iaitu Perubatan Cawangan Zagazig (PCZ).

26 Mac 2010, PERUBATAN Cawangan Zagazig ditubuhkan secara rasminya dan telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN sesi 2010/2011, saudara Muhamad Husaini bin Salleh.

Menerima lagi seramai 164 orang pelajar jurusan perubatan dan farmasi di bumi Zagazig.Kini, seramai 477 orang pelajar yang terdiri daripada jurusan perubatan dan farmasi di Universiti Zagazig yang bernaung dibawah PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2011/12.

2011

Seramai 81 pelajar perubatan dan farmasi baru telah datang ke Universiti Zagazig,menjadikan jumlah ahli hampir mencecah 600 orang.

Pada 17 februari 2011, disebabkan berlaku keadaan darurat di seluruh mesir yang semakin membimbangkan, hampir keseluruhan pelajar di Zagazig telah di evakuasi untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui  “Ops Piramid” dan juga Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

2012

Pada tahun ini warga PERUBATAN Cawangan Zagazig menerima seramai 203 orang pelajar baru sebagai pelajar tahun satu dalam bidang perubatan dan farmasi.

2013

Tiada penambahan pelajar baru pada tahun ini.Jumlah pelajar berkurang kerana sebahagian daripada pelajar di Zagazig menyambung pelajaran di Malaysia atas peluang yang diberi kerajaan untuk bertukar ke universiti tempatan dengan transfer credit.

2014

Pada tahun ini hanya 9 orang pelajar perubatan dan farmasi baru datang ke Universiti Zagazig dan 5 orang pelajar dari Universiti Assiut berpindah ke Universiti Zagazig.Menjadikan jumlah terkini pelajar seramai 560 orang.

2015

Pada tahun ini, bumi Zagazig menerima 9 orang pelajar baru dan menjadikan jumlah terkini pelajar di Universiti Zagazig seramai 470 orang.

Tinggalkan komen anda