Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Penukaran Pengarah baru JPC Cawangan Zagazig 2015

Kenyataan Rasmi : Penukaran Pengarah baru JPC Cawangan Zagazig 2015

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah S.W.T kerana masih memberi kita kesempatan waktu untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan amal soleh.

Berkenaan dengan Pengarah JPC 2015 iaitu saudara Marwan bin Muhammad yang terpaksa pulang ke Malaysia atas sebab yang tak dapat dielakkan, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2015/2016 telah bermesyuarat dan bersetuju untuk melantik pengarah baru iaitu saudara Zukhruful Amzar bin Jamnul Azhar bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Sehubungan dengan itu, segala tugas-tugas pengarah JPC Zagazig 2015 akan digalas sepenuhnya oleh pengarah baru sebagaimana yang dinyatakan diatas. Semoga proses pilihan raya dapat bergerak seperti mana yang dirancang di peringkat awal.

Sebarang permasalahan boleh merujuk kepada:

Pengarah : Zukhruful Amzar bin Jamnul Azhar (No. Tel: +201202053440)

Timbalan Pengarah : Intan Zahureen binti.Hazuki (No. Tel: +201119198523)

Sekian.

Disediakan oleh :

Mohd Syahmi Amir bin Md Razali
Ketua penasihat,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda