Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT PCZ 2015/2016 Fasa 3

Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT PCZ 2015/2016 Fasa 3

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak melalui perit manis ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga  kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.

Bersempena dengan cuti akhir tahun 5 ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2015/2016 yang telah dan akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Merujuk Fasal 28 Perkara 3 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN berkaitan Kekosongan Jawatan:

Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:

Portfolio Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang ke Mesir Pemangku
Pengerusi Ahmad Syahmi bin Azhar 7 Disember 2015 15 Januari 2016 Mohammad Aisar bin Ahmad (01126657228)
Jabatan Setiausaha Mohd Zulfadhli bin Yamin 10 Disember 2015 25 Januari 2016  

Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar
(01140065993)

 

Ketua Biro Perumahan Ahmad Amir Haziq bin Jamri 7 Disember 2015 15 Januari 2016  

Munzir bin Hassan (01156679155)

 

Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar Abdussalam bin Muhammad Rashdi 7 Disember 2015 15 Januari 2016  

Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar (01140065993)

 

Timbalan Ketua Biro Perumahan Sarinah binti Abd Kadir 13 Disember 2015 15 Januari 2016  

Farzana Izzati binti Khairul Anwar (01156620533)

 

 

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Disediakan oleh:

syahmi

Ahmad Syahmi bin Azhar
Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

ku fathin

Ku Fathin Afifah bt Ku Roseli
Timbalan Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda