Home > Menu > Karya > Artikel > Yang Tertutup Itu Indah, Yang Bersyariat Itu Barakah

Yang Tertutup Itu Indah, Yang Bersyariat Itu Barakah

“Yang Tertutup Itu Indah, Yang Bersyariat Itu Barakah…”

quran-english-an-nur-31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

                                                                                                                                                    (Surah An-Nur 31)

********************************************************************

  • Kerana Dirimu Begitu Berharga

     Islam datang untuk mengangkat martabat wanita.Jagalah hijabmu yang merupakan kemuliaanmu dan pelindung bagimu.
Allah mensyariatkan kepada hamba-hambaNYA dalam menjaga batas-batas aurat.Berpegang teguhlah dengan syariat Allah dalam mencari keredhaan.

Analogi Kulit Dan Isi

Merenung sejenak pada ciptaan Allah yang boleh diambil hikmah kejadiannya.Pada analoginya,kulit tidak ubah seperti pakaian yang menutup aurat.Wanita-wanita yang mendedahkan tubuhnya (isi) yang sepatutnya ditutupi oleh ‘kulit’, pasti akan terdedah kepada risiko pencemaran akhlak (iaitu maksiat & perbuatan yang menjatuhkan maruah). Dengan itu,isinya akan menjadi busuk dalam tempoh masa yang lebih cepat,sedangkan wanita-wanita yang menjaga hijabnya & menyembunyikan kecantikan tubuhnya dengan “pakaian Taqwa”,pasti isinya masih lagi berada dalam keadaan baik,elok,manis dan segar.

 

اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ

“Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.”

  • Yang Bersyariat Itu Barakah.

 Islam menjadi pemandu hidup dalam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia menuju tatacara kehidupan yang baik dan  menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Sememangnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha bijaksana. Apa yang disuruhNYA terlindung hikmah yang baik untuk setiap aspek kehidupan manusia.Berpakaian baik mengikut syariat mampu menyelamatkan manusia didunia dan akhirat.

Disebalik itu terungkap hikmah:

  1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam).
  2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat.Peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.Firman Allah “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)
  3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Berdasarkan tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
  4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak dahulu lagi.
  5. Bukti dari segi saintifik,hikmah pensyariatan bertudung. Dan sesungguhnya Allah swt itu tidak bermain-main dalam ciptaan-Nya.Allah swt itu sangat mencintai hamba-Nya,Allah swt meminta untuk bertudung bukan saja untuk menutup aurat, bahkan ada rahsia tersembunyi. Mesti ada yang tertanya –tanya kenapa lelaki tidak perlu memakai tudung??

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada terdapat perbezaan pada mastoid process dari segi saiz yang berbeza. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antaranya ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita, riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process perempun ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada perempuan kerana untuk melindungi mereka. Alhamdulillah..

 

 kelebihan menutup-aurat

  • Virus HIJABISTA Moden

              Ironinya dewasa ini, kita melihat ramai dalam kalangan wanita itu ingin menutup aurat. Dan mereka mendakwa memang benar mereka telah menutup aurat! Tetapi lihatlah natijahnya apabila kita telah terpedaya dengan ungkapan ‘fesyen’ yang mana perlu diikuti dalam arus masa perdana. Adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan bahawa, bidang fesyen hari ini merupakan salah satu senjata orang kafir untuk memperdaya kaum muslimin dan muslimat agar semakin jauh daripada tuntutan agama Islam yang sebenar.

         Situasi ini disemarakkan lagi dengan kehadiran pereka busana Muslimah yang menyatakan mahu membantu Muslimah menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Sayangnya,mereka tidak menyedari rekaan tersebut tidak selari dengan kehendak Ilahi,sebaliknya ia hanya meletakkan martabat ajaran Islam di bawah nama kreativiti seni.

      “Berhiaslah cara seorang muslimah!”

      Di dalam ajaran Islam,pakaian bukan saja melambangkan budaya,tetapi merupakan ungkapan ibadah dan pengabdian terhadap Pencipta alam semesta.

       Firman-NYA yang bermaksud: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat (26), Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman (27).

                                                                                                                                                                      (Al-A’raf 26-27)

  • Fenomena Niqobis

Menyorok tapi terdedah!

Ramai muslimat yang tersalah erti pengertian niqab,apabila menjadikan niqab sebagai alat kecantikan & perhiasan semata-mata, dan bukan tujuan.

Di alam maya ini, berulang kali menatap gambar-gambar para niqobis yang dimuat naik di Facebook tanpa segan silu. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka. Dimana sifat pemalumu wahai muslimah?

Jangan jadikan diri kita bahan fitnah kepada Islam.Hati-hati wahai muslimah dalam memperagakan pakaianmu!!

Ayuh kita sama-sama  mengambil ibrah daripada kisah seorang wanita yang mencungkil biji matanya disebabkan takut menjadi bahan fitnah kepada kaum adam.Hijab merupakan cermin kesucian diri, kemuliaan yang berhiaskan malu.

  • Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul.

  Renungkanlah…

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat .Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” 


Ingatlah sahabat-sahabat seperjuanganku.Jika anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Nauzubillah.

Oleh itu,mintalah fatwa dari hatimu.Kebaikan adalah apa saja yang dapat menenangkan hatimu dan mententeramkan jiwamu, sedangkan keburukan adalah apa saja yang membuatkan hatimu ragu dan tidak tenang.
Hijrah kerana Allah,InsyaALLAH,Allah akan mempermudahkan jalan.

Indah hidup bersyariat,
Agar hidup bermanfaat…

 
images

1) SINGKAT vs  LABUH

  • Melabuhkan tudung sehingga menutupi keseluruhan dada pada bahagian depan dan belakang
  • Baju berlengan panjang sehingga pergelangan tangan
  • Baju labuh sehingga menutupi punggung dan peha

 

2) KETAT  vs  LONGGAR

  • Tudung tidak menampakkan bentuk dan lekuk anggota
  • Antara syarat berpakaian menurut syara’ ialah longgar sehingga tidak menampakkan segmen-segmen atau perincian tubuh termasuklah dada,lengan,perut dan pinggang.
  • Bahagian kaki juga wajib dihijabkan dengan pakaian longgar dari aras pinggang sehinggalah buku lali.

 

3) JARANG vs TELAP

  • Untuk memastikan sama ada tudung anda benar-benar telap,cuba berdiri di bawah sinaran lampu dan lihat pada cermin sama ada anda dapat melihat leher anda atau tidak.
  • Memastikan pakaian terbuat daripada kain yang tebal.

Tinggalkan komen anda