Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2015

Kenyataan Rasmi : Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2015

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Adalah salah satu tanggungjawab yang besar dalam memilih pemimpin. Satu tanggungjawab yang pasti akan ditanya di akhirat kelak. Memilih pemimpin juga perlu melihat syarat-syarat dan ciri-ciri yang Islam gariskan, antaranya ialah memilih pemimpin yang arif akan agama, amanah dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan rakyatnya.

Selari dengan perlembagaan PERUBATAN,

Fasal 27 (1) (a) Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Fasal 30 (5) (b) Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi( AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2015/2016 telah berbincang dan memutuskan untuk melantik Marwan bin Muhammad sebagai Pengarah dan Intan Zahureen binti Hazuki sebagai Timbalan Pengarah JPC 2015.

Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung bawah PCZ, JPC bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) berjalan lancar dan selari dengan konsep demokrasi Islam. Justeru, gerak kerja yang amanah, cekap, dan telus amatlah dititik beratkan bagi memaksimumkan kualiti hasil yang bakal dikecapi bersama.

Semoga pilihanraya kali ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan. Diharapkan semua ahli terlibat secara langsung dalam menjayakan pemilihan yang akan diadakan ini bagi memastikan pimpinan yang dilantik dapat memberi manfaat kepada semua ahli kelak.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

‘ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI’

Sekian, terima kasih.

syahmi

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD RAZALI
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2015/2016.

Tinggalkan komen anda